Tealive x Bath Garden Menampilkan Set Mandian Eksklusif Yang Hadir Dengan Haruman Bang Bang Brown Sugar Dan Jasmine Peach
Lina Rosli
Tealive memperkenalkan kolaborasi terbaharu bersama jenama penjagaan diri tempatan, Bath Garden, menerusi pelancaran set gel mandian edisi khas sempena acara Rasa Riuh Malaysians. Inisiatif ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh sokongan terhadap jenama tempatan selain turut memperlihatkan gabungan kreativiti antara dua dunia berbeza – minuman dan penjagaan diri.
Kolaborasi ini membawakan dua haruman eksklusif yang diinspirasikan daripada elemen popular dalam rangkaian produk Tealive, iaitu Bang Bang Brown Sugar dan Jasmine Peach.

Bang Bang Brown Sugar menampilkan aroma manis dan hangat yang menyerlahkan karakter ikonik minuman boba, manakala Jasmine Peach pula hadir dengan kombinasi menyegarkan antara bunga melur dan pic yang lembut dan feminin.
Diformulasikan dengan bahan penjagaan kulit seperti asid hyaluronic dan niacinamide, gel mandian ini bukan sekadar membersih tetapi turut membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerah dan melicinkan tekstur kulit, serta melindungi lapisan kulit daripada kerosakan luaran.
Apa yang menarik juga, 96% daripada kandungan bahan diformulasi daripada sumber semula jadi, menjadikan ia pilihan yang lebih selamat dan mesra kulit.

Menurut Tealive, kolaborasi ini merupakan yang pertama dengan Geng Lokal, yang mana ia mengetengahkan produk buatan Malaysia, dengan harapan memperluas capaian jenama tempatan kepada khalayak yang lebih luas.

Bagi yang berminat, set gel mandian ini dijual pada harga RM35.00 untuk satu botol – menerusi pembelian di laman rasmi Bath Garden.
Sementara, untuk set kotak eksklusif, ia dijual pada harga RM75.00 untuk satu kotak yang mana di dalamnya, anda akan mendapat dua botol mandian berlainan aroma, satu set pelekat Tealive eksklusif dan satu kotak istimewa. Bagi set kotak ini, ia dijual di TikTok Shop, Lazada dan juga Shopee Bath Garden.