Pet World Komited Dalam Menawarkan Produk Makanan Haiwan Yang Berkualiti – Turut Hadir Dengan Segmen Makanan Premium Untuk Kucing
Bat
Pet World Nutritions, salah satu pengeluar makanan haiwan yang terbesar di Malaysia, telah melancarkan kempen ‘Only The Best for Your Furry Friends‘ bagi mengekalkan komitmen terhadap kualiti, inovasi dan pemakanan berasaskan sains.
Bagi yang tidak mengetahui, Pet World ditubuhkan pada tahun 2006 – merupakan syarikat pelopor industri pemakanan haiwan peliharaan. Dengan visi untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkhasiat untuk haiwan kesayangan, Pet World bermula dengan langkah yang kukuh melalui pelancaran jenama sulung mereka, ProDiet dan kemudian mengembangkan rangkaian produk untuk makanan anjing, menerusi jenama ProBalance.

Selain daripada ProDiet dan ProBalance, Pet World turut hadir dengan segmen makanan produk premium untuk kucing dan anjing – iaitu Delizios dan Le Gourmet. Untuk segmen makanan ini, ia
diformulasikan berdasarkan “human graded taste” menjadikannya bukan sahaja lazat tetapi juga mudah dihadam.


Pet World juga turut memperkenalkan SIMPLE – makanan anjing premium penuh protein yang ditawarkan secara eksklusif melalui atas talian sahaja. Apa yang membezakan SIMPLE dengan yang lain adalah formulasi bebas gandum (wheat-free) dan kandungan bahan utama yang tinggi, iaitu 80% daripada daging merah atau daging putih, serta diperkaya dengan antioksidan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Barisan Produk Pet World
- ProDiet – Makanan lengkap untuk kucing dalam pelbagai varian dan fomulasi khas mengikut peringkat umur dan keperluan.
- Delizios – Makanan gourmet premium untuk kucing, dengan kepingan daging sebenar.
- ProBalance – Makanan lengkap untuk anjing, memenuhi keperluan pemakanan lengkap dengan sumber protein yang tinggi.
- Le Gourmet – Makanan anjing premium termasuk bebola daging gred manusia pertama di Malaysia.
- SIMPLE – Makanan anjing dengan penggunaan daging segar dalam formulasi, dengan pelan melancarkan siri ‘Farm to Table’ menjelang tahun ini.

Pet World menekankan bahawa semua produk mereka dihasilkan mengikut piawaian tertinggi, dibuktikan dengan pensijilan antarabangsa seperti GMP, HACCP, ISO 22000:2018, ISO 9001:2015, dan BRCGS Issue 9 – satu pengiktirafan global dalam aspek keselamatan dan kebersihan makanan.

Sejak penubuhannya, syarikat ini telah mengembangkan fasilitinya dengan memperluaskan pejabat seluas 24,000 kaki persegi dan kilang 110,000 kaki persegi. Kini, mereka sedang memfokuskan kepada pembungkusan yang boleh dikitar semula bagi mengurangkan sisa plastik demi kesejahteraan alam sekitar.
Inisiatif mereka termasuk Fasiliti GreenRE yang dilengkapi panel solar mampu menjana sebanyak 37,251 kWh tenaga bersih setahun. Secara keseluruhan, Pet World telah menghasilkan 750,000 tenaga kWh tenaga solar setahun, iaitu bersamaan 225 tan karbon dioksida yang dikurangkan setiap tahun.