Kolaborasi Baskin-Robbins x Kuromi – Tawarkan Hidangan Aiskrim Bertemakan Karakter Popular Sanrio
Lina Rosli
Baskin-Robbins memperkenalkan kolaborasi terbaharu bersama salah satu karakter ikonik daripada Sanrio – iaitu Kuromi. Ia hadir dengansiri produk aiskrim dan kek edisi terhad yang mula ditawarkan di cawangan terpilih di seluruh negara.
Menampilkan elemen reka bentuk dan warna yang diinspirasikan daripada personaliti unik Kuromi, koleksi ini bukan sahaja menarik perhatian peminat setia Sanrio, malah turut mencuri tumpuan penggemar ais krim dan kolektor barangan eksklusif.

Antara produk yang ditawarkan dalam koleksi khas ini termasuk:
- Kuromi Cup (RM13.90) – Aiskrim dalam cawan bertema Kuromi dengan rekaan comel yang sesuai untuk dibawa pulang atau dinikmati terus di kedai.
- Kuromi Cone (RM13.90) – Hidangan aiskrim kon dengan sentuhan hiasan bertemakan Kuromi.
- Kuromi Pint bersama Beg Penyejuk Kuromi (RM49.90) – Satu pint aiskrim Baskin-Robbins disertakan dengan beg penyejuk edisi khas Kuromi yang boleh dijadikan koleksi.
- Diner Dream Cake (RM145.00) – Kek aiskrim dengan rekaan retro yang diinspirasikan daripada gaya kedai makan klasik.
- Cheeky Kuromi Cake (RM148.00) – Kek aiskrim dengan hiasan menyerlah yang menampilkan karakter Kuromi sebagai tema utama.


Semua produk dalam koleksi ini ditawarkan untuk masa yang terhad sahaja dan boleh didapati di cawangan Baskin-Robbins yang terpilih di seluruh Malaysia. Pelanggan yang berminat disarankan untuk mendapatkan produk ini sebelum ia habis dijual.

Untuk pesanan menerusi GrabFood, anda boleh mendapatkan beg penyejuk edisi Kuromi menerusi pembelian dua pints aiskrim pada harga RM89 untuk setiap pesanan.