Menu Matcha Di ZUS Coffee Kini Kembali Selepas Alami Gangguan Bekalan Stok

June 30, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

ZUS Coffee kembali dengan kejutan buat pencinta minuman berasaskan matcha. Setelah sekian lama dinanti, siri matcha kini kembali dalam versi baharu yang lebih eksklusif dan berkualiti.

Selari dengan kembalinya stok Matcha di ZUS Coffee ini juga, jenama minuman kegemaran tempatan ini hadir dengan siri minuman baharu iaitu Meowtcha Series.

Antara pilihan dalam siri ini termasuklah:

  • Matcha Latté (RM12.20) – pilihan klasik yang menampilkan rasa matcha dalam bentuk paling tulen.
  • Matcha Strawberry Latté (RM14.20)– padanan rasa buah strawberi segar dengan kepahitan lembut matcha.
  • Matcha Chocolate Latté (RM13.20)– kini kembali dengan nama baharu menggantikan Matcho Latté, kombinasi coklat dan matcha yang kaya rasa.
  • Matcha Jasmine Latté (RM13.20)– pilihan baharu yang menggabungkan aroma bunga melur dan rasa tenang dari matcha.
  • Matcha Lemonade (RM10.20) – alternatif menyegarkan yang menyeimbangkan rasa masam lemon dan teh hijau.

Dengan pelancaran Meowtcha Series, ZUS Coffee bukan sekadar memenuhi permintaan pelanggan, tetapi turut menaikkan taraf pengalaman menikmati matcha di pasaran tempatan.

Siri ini kini tersedia di semua cawangan ZUS Coffee dan juga melalui aplikasi atas talian. Bagi penggemar minuman berasaskan matcha, inilah masanya untuk kembali menikmati sesuatu yang lebih baik, lebih halus dan lebih memikat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd