Menu Baharu CHAGEE – Siri Earl Grey Tea Menawarkan Aroma Teh Yang Wangi Dan Rasa Yang Seimbang
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari rasa dan aroma teh yang wangi, anda mungkin tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba siri minuman baharu dari CHAGEE iaitu siri Earl Grey Tea.
Siri ini merupakan siri kesebelas yang ditawarkan oleh CHAGEE kepada penggemarnya di Malaysia – selepas penjenamaan semula dari Bawangchaji kepada CHAGEE pada tahun 2022. Sebelum ini, jenama ini telahpun hadir dengan beberapa siri minuman yang menarik termasuklah siri Hoijicha Genmai Tea, Gardenia Green Tea, Lapsang Souchong Black Tea, Ceylon Black tea, Melon Oolong Tea dan Osmanthus Long Jing.

Dan kini, untuk siri minuman baharu ini, CHAGEE menawarkan dua pilihan utama berasaskan teh Earl Grey iaitu Earl Grey Milk Tea dan Earl Grey Black Tea. Kedua-duanya menampilkan rasa teh hitam yang klasik dengan aroma bergamot yang harum yang mana ia merupakan nota unik bagi teh Earl Grey yang mana apabila digabungkan dengan susu segar ia menjadikan rasanya yang lembut menjadi lebih seimbang.
Apa yang menarik tentang siri ini adalah penggunaan teh Earl Grey berkualiti tinggi yang diseduh segar untuk setiap pesanan, memastikan setiap cawan mengekalkan rasa asli dan premium. Bagi penggemar teh yang menghargai kompleksiti rasa dan aroma, siri ini sememangnya wajib dicuba.

Dengan pelancaran siri ini, CHAGEE terus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu jenama teh premium di Malaysia yang bukan sahaja menawarkan minuman berkualiti tinggi, malah sentiasa tampil dengan inovasi rasa yang segar dan menarik.
Jadi, jika anda sedang mencari alternatif baharu untuk minuman teh harian anda, siri Earl Grey dari CHAGEE mungkin menjadi kegemaran baharu anda.