H&M Malaysia Meningkatkan Harga Caj Untuk Beg Kertas Kepada 60 Sen Untuk Setiap Beg
Lina Rosli
Menjelang Julai 2025 ini, H&M Malaysia mengumumkan yang mana mereka akan meningkatkan caj untuk penggunaan beg kertas – bagi setiap pembelian iaitu dari 20 sen kepada 60 sen untuk setiap beg.
Untuk pengetahuan anda, beg kertas H&M ini sebenarnya diperbuat daripada kertas kitar semula yang telah mendapat sijil daripada FSC iaitu Forest Stewardship Council. Melaluinya, beg tersebut telah disahkan memelihara kepelbagaian biologi dan memberi manfaat kepada kehidupan penduduk dan pekerja tempatan, sambil memastikannya mengekalkan daya maju ekonomi.

Setelah menggunakannya secara aktif sejak tahun 2020, H&M kini menyatakan akan mula mengenakan caj yang lebih tinggi iaitu 60 sen untuk setiap pembelian bagi individu yang ingin mendapatkan beg ini bagi meletakkan baju atau produk yang dibeli.
Penguatkuasaan caj ini akan dilakukan mulai Julai 2025 yang mana akan dikenakan bagi setiap satu beg yang digunakan, tidak kira saiz sama ada kecil, medium dan juga besar. Langkah ini adalah bagi menggalakkan penggunaan beg sendiri sewaktu membeli-belah.