Loacker Raikan 100 Tahun Warisan Wafer Dengan Jerayawara Eksklusif

July 3, 2025
Makanan & Minuman

Bat

Jenama wafer premium terkemuka dari Itali iaitu Loacker menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Dan ini menandakan satu abad sejak Alfons Loacker menghasilkan wafer pertamanya di Bolzano, sebuah bandar kecil yang terletak di tengah-tengah pergunungan Alps.

Bermula dari sebuah bengkel pastri berskala kecil di ketinggian 1,000 meter dari aras laut, Loacker kini menjadi simbol ketukangan dan keaslian, serta dinikmati oleh pengguna di lebih 110 negara, termasuk Malaysia.

Sempena detik bersejarah ini, Loacker memperkenalkan kempen nasional bertemakan “Celebrating a Century of Pure Goodness”, yang merangkumi pelbagai aktiviti fizikal dan digital bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama wafer pilihan pengguna Malaysia.

Komitmen terhadap Kualiti Sejak 1925

Loacker terkenal dengan pendekatan penghasilan yang mementingkan kualiti dan kelestarian. Sejak awal penubuhannya, jenama ini komited menggunakan 100% bahan semula jadi tanpa perisa tiruan, pewarna, bahan pengawet mahupun lemak terhidrogenasi.

Kualiti bahan menjadi tunjang utama yang mana ia mengandungi kacang hazel dari ladang sendiri di Itali, susu Alpine tanpa GMO dari South Tyrol, vanila Bourbon dari Madagascar serta koko yang diperoleh secara beretika dari Ecuador dan Côte d’Ivoire.

Warisan dan Kelestarian untuk Generasi Akan Datang

Lebih daripada sekadar meraikan sejarah, ulang tahun ke-100 Loacker turut menjadi simbol visi jenama terhadap masa depan yang lebih lestari. Loacker terus melabur dalam penghasilan produk yang bertanggungjawab, termasuk pembungkusan mesra alam serta amalan pertanian yang beretika dan mampan.

Menurut Loacker lagi, sambutan ini bukan sekadar refleksi kepada warisan selama satu abad, tetapi juga komitmen Loacker terhadap generasi masa depan.

Rangkaian Produk Loacker di Malaysia

Selepas 100 tahun beroperasi sebagai pengeluar wafer yang dikenali di peringkat global, Loacker bukan sahaja hadir dengan barisan produk yang menarik dan unik, tetapi turut komited dalam memastikan kesucian dan kebersihan di alam setiap bahan di samping mengekalkan rasa asli wafer yang menjadi kegemaran ramai.

Pembungkusan Khas dan Perisa Terhad Loacker

Bersempena sambutan isitimewa ini, Loacker melancarkan pembungkusan edisi khas Untuk Loacker Quadratini dalam dua perisa ikonik iaitu Napolitaner dan Chocolate, Manakala bagi peminat Loacker Classic Minis – perisa Napolitaner dan Cremkakao.

Selain itu, Loacker juga turut menawarkan empat variasi terhad yang sukar didapati di pasaran tempatan iaitu Lemon, Blueberry Yogurt, Espresso dan Matcha Green Tea.

Menambahkan lagi keistimewaan, Loacker turut membawa masuk Loacker Gardenia Fingers, produk import eksklusif dari Itali yang hadir dalam empat perisa lazat iaitu Peanut Butter, Chocolate, Hazelnut, dan Coconut. Kesemua produk ini menampilkan tekstur lebih lembut dengan inti krim yang kaya dan halus, memberi kelainan kepada pengalaman wafer tradisional.

Kempen Jerayawara Loacker Sepanjang 1-6 Julai 2025

Pelancaran edisi khas ini turut disemarakkan dengan penganjuran jerayawara bertemakan “100 Years of Loacker – A Century Of Pure Goodness”, yang berlangsung dari 1 hingga 6 Julai 2025 di Ground Floor, Centre Court, 1 Utama.

Pengunjung berpeluang menikmati harga promosi eksklusif, mencuba produk, menyertai aktiviti interaktif di beberapa checkpoint, serta menyelami sejarah jenama Loacker yang telah bertahan selama satu abad. Produk edisi khas dan eksklusif ini juga hanya boleh didapati sepanjang tempoh jerayawara berlangsung.

Menjelang penghujung tahun 2025 ini, Loacker dijangka akan membuat pengumuman penting yang masih dirahsiakan buat masa ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tidak terlepas sebarang perkembangan, peminat boleh mengikuti saluran rasmi Loacker di media sosial mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd