KFC Memperkenalkan Chiket – Maskot Gebu Dan Comel Untuk Kempen Gebu Buddies
Lina Rosli
KFC Malaysia kini tampil dengan maskot comel baharu yang dikenali sebagai Chiket. Untuk pengetahuan anda, Chiket merupakan sebahagian daripada kempen Gebu Buddies, membawa karakter ceria dan berani yang juga merupakan pelindung kepada kerangupan ayam goreng.
Untuk Chiket, ia menggunakan inspirasi watak Kepcibara – yang membawa ayam goreng pada beg sandangnya. Bukan itu sahaja, KFC Malaysia turut memperkenalkan beberapa perwatakan Chiket seperti setia kepada seseorang sekiranya mereka berkongsi ayam goreng dengannya dan juga merupakan seekor Kepcibara yang pelupa.


Berdasarkan perkongsian, akan ada dua lagi karakter yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat. Setakat ini, sambutan sewaktu pengenalan Chiket dilihat mendapat sambutan yang positif dan hangat di media sosial.
Jadi, bagi peminat setia KFC dan juga mereka yang sukakan maskot comel dengan personaliti unik, jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal mengenali si Gebu Buddy baharu ini.