Toppen Shopping Centre Bakal Menampilkan Jaya Grocer & The Sanctum Garden
Lina Rosli
Toppen Shopping Centre nampaknya terus mengukuhkan statusnya sebagai lokasi gaya hidup utama di Johor dengan kemasukan dua jenama baharu yang cukup menarik iaitu Jaya Grocer dan The Sanctum Garden.
Dijadualkan dibuka pada 31 Ogos ini, cawangan terbaharu Jaya Grocer ini menampilkan keluasan kedai lebih 27,000 kaki persegi – selain turut memperlihatkan konsep rekaan dalaman ala Sweden yang minimalis dan menenangkan.

Apa yang menarik, pasaraya ini menawarkan variasi pilihan segmen barangan yang merangkumi barangan buatan tempatan, pilihan sayur yang segar dan organik, hinggalah barangan kelengkapan bilik tidur dan bilik air.
Untuk Jaya Grocer juga, jenama ini komited dalam melaksanakan misi kelestarian yang mana mereka menggalakkan para pembeli untuk menggunakan beg boleh guna semula bagi setiap pembelian di kedai.

Sementara untuk The Sanctum Garden pula, ia dijadualkan akan dibuka pada bulan September 2025. Bagi anda yang mungkin tidak begitu mengenali tentang jenama ini, The Sanctum Garden merupakan dewan bankuet yang boleh menampung hingga 250 orang serta ruang makan ala carte yang memuatkan 300 tetamu. Bankuet ini boleh ditempat untuk tujuan sambutan perkahwinan, ulang tahun ataupun majllis keramaian.
Untuk menu yang disediakan, The Sanctum Garden menawarkan pilihan hidangan yang diinspirasikan daripada sajian Nanyang yang bebas daging dan lemak khinzir.
Menurut Toppen lagi, selain dari dua jenama ini, terdapat beberapa jenama menarik lain turut akan menyertai mereka – ini termasuk Panda Eyes, Nichii, Clarks, YGF Malatang dan Vivo. Ini melengkapkan lagi tawaran sedia ada seperti Miniso, LokalTeez dan MI Store.