Koppiku Memperkenalkan Servis Katering Kopi Untuk Pelbagai Acara Di Seluruh Malaysia
Lina Rosli
Koppiku kini mula memperluaskan penawaran perkhidmatannya dengan memperkenalkan servis katering kopi untuk pelbagai acara dan majlis di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan ini merangkumi penyediaan kopi berkualiti tinggi untuk acara seperti perkahwinan, sambutan hari jadi, pelancaran produk, program korporat dan lain-lain.

Bagi yang berminat, untuk menempah servis ini, setiap pakej menawarkan:
- Stesen pop-up kompak 10 kaki x 10 kaki – atau lebih kecil, bergantung kepada ruang.
- Peralatan penyediaan minuman termasuk mesin kopi, pengisar, cawan, penyedut minuman, tisu serta bekalan biji kopi segar.
- Barista profesional yang terlatih dalam penyediaan kopi ala kafe.
Menurut Koppiku, servis ini menekankan kualiti bagi setiap cawan yang disediakan. Tambahnya lagi, proses penyediaan, penyajian serta pembersihan dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Koppiku bagi memastikan kelancaran di sepanjang proses.

Selain pilihan minuman kopi, Koppiku turut menawarkan menu minuman lain seperti coklat dan juga matcha. Dari segi harga, jenama ini mengatakan yang mana mereka menawarkan struktur harga yang berpatutan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati perkhidmatan ini tanpa melebihi bajet acara.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan, anda boleh berkunjung ke laman web rasmi Koppiku dan pergi ke halaman Events & Catering.