Smart Fitness Kini Di Malaysia – Solusi Kecergasan Moden Dalam Masa 15 Minit
Lina Rosli
Bagi anda yang sentiasa sibuk dengan tugasan dan rutin harian, semestinya mengimbangkan antara kerja dan juga waktu bersenam menjadi sangat sukar. Ini kerana, untuk penulis sendiri, apabila pulang sahaja ke rumah selepas seharian bekerja, kerusi dan katil akan menjadi tempat pertama yang akan dituju – sambil bermain dengan peranti mudah alih.
Oleh itu, sekiranya ada penawaran pintar yang boleh memudahkan aktiviti senaman ini dilakukan, sudah tentu ia sedikit sebanyak membantu menggalakkan lagi amalan gaya hidup aktif.
Untuk pengetahuan anda, kini rakyat Malaysia mempunyai alternatif yang lebih pintar dan menjimatkan masa – menerusi Smart Fitness, inovasi kecergasan terkini hasil kerjasama antara La Juiceria dan Babel Fit.

Buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia, Smart Fitness direka khusus untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup masa kini. Ia menggabungkan teknologi kecergasan berinovasi, pemakanan praktikal dan bimbingan pakar untuk memperkenalkan pendekatan kesihatan menyeluruh – tanpa memerlukan senaman intensif atau keahlian gim yang mahal.
Senaman 15 Minit = 10,000 Langkah
Keistimewaan utama Smart Fitness terletak pada kemampuannya menawarkan manfaat bersamaan 10,000 langkah hanya dalam 15 minit. Ia menggunakan teknologi Latihan Getaran Tegak Seluruh Badan (Whole Body Vertical Vibration Training) yang juga dikenali sebagai senaman lompat tali pasif.
Berbeza dengan mesin biasa di pasaran, Smart Fitness hadir dengan solusi yang mana berbeza iaitu penawaran getaran secara menegak – bukan mendatar. Ini sekaligus menjadikan kesannya sama seperti melompat setempat.

Melalui senaman di mesin ini, ia mampu mengaktifkan otot-otot dalaman, melancarkan peredaran darah dan menyokong metabolisme lemak yang mana semuanya dengan dilakukan menggunakan teknik tekanan yang minimum pada sendi. Dan secara tidak langsung sesuai untuk digunakan oleh individu yang mengalami masalah lutut atau mempunyai sekatan pergerakan.
Tambah Babel Fit juga, teknologi ini diilhamkan oleh amalan tradisional QiGong – yang memfokuskan kepada pergerakan perlahan dan penafasan.
Untuk pengetahuan anda, walaupun individu hanya berdiri dalam keadaan statik, getaran yang dilakukan oleh mesin ini mampu merangsang detoksifikasi semula jadi badan selain turut meningkatkan tahan tenaga.
Menurut Babel Fit lagi, mesin ini sesuai untuk digunakan oleh semua golongan – tidak kira tua ataupun muda, kerana Smart Fitness menawarkan latihan senaman yang selamat dan mudah.

Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri pengalaman ‘passive rope skipping’ secara langsung di cawangan terpilih Cosway Malaysia – ia boleh diakses mulai 21 Julai hingga pertengahan September 2025. Khusus untuk para pengunjung juga, anda berpeluang menikmati promosi pelancaran eksklusif, termasuk diskaun istimewa dan pakej menarik.
Untuk mendapatkan Smart Fitness ini, ia boleh didapati secara atas talian melalui laman web rasmi Cosway Malaysia serta di semua cawangannya di seluruh negara pada harga RM6390 bagi bukan ahli dan RM5299 untuk ahli Cosway.