Pulau Pinang Kekal Sebagai Destinasi Tumpuan Pelancongan Sepanjang Separuh Pertama 2025
Lina Rosli
Menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, platform pelancongan digital Agoda berkongsi pandangan awal tentang minat pelancong terhadap salah satu destinasi paling ikonik di Malaysia – Pulau Pinang.
Berdasarkan data carian penginapan dari Januari hingga Mei 2025, Pulau Pinang kekal sebagai destinasi popular dalam kalangan pelancong serantau dan antarabangsa.

Selain itu, data turut menunjukkan pelancong dari lima negara yang memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pelancongan sepanjang separuh pertama 2025 – iaitu Indonesia, Singapura, Thailand, Hong Kong dan China.
Selain Pulau Pinang, terdapat beberapa negara jiran yang turut menjadi pilihan dalam kalangan pelancong. Akan tetapi, satu destinasi yang menunjukkan lonjakan yang paling ketara adalah Hong Kong, dengan peningkatan minat sebanyak 59% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, Indonesia dan Australia turut mencatatkan pertumbuhan yang sama tinggi iaitu 21%, manakala Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan sebanyak 12%, sekali gus memperkukuh kehadiran pelancong jarak jauh ke negara ini. China pula kekal sebagai penyumbang utama dengan pertumbuhan stabil sebanyak 11%.
Angka ini mencerminkan daya tarikan berterusan Pulau Pinang yang terkenal dengan warisan sejarah, kepelbagaian gastronomi dan pesona pulau yang unik. Sebagai destinasi yang merentas budaya dan minat, Pulau Pinang bukan sahaja menjadi pilihan pelancong serantau, malah terus memikat pelancong dari benua yang lebih jauh.
Dengan permulaan 2025 yang positif ini, industri pelancongan Malaysia berpotensi menerima gelombang kemasukan pelancong yang lebih besar menjelang tahun 2026.