KLFW2025 Dijadualkan Berlangsung Pada 4-10 Ogos Di Esplanade KLCC – Menampilkan Busana Daripada 55 Pereka Dan Jenama Fesyen Tempatan

July 10, 2025
Fesyen

Bat

Sekali lagi pada tahun ini, Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) edisi ke-13 tahun ini.

Dengan kehadiran sekitar 55 pereka fesyen terkemuka serta pelbagai jenama dan bakat dari industri fesyen tanah air, acara tahunan ini akan berlangsung dari 4 Ogos hingga 10 Ogos 2025 di struktur ikonik yang lebih besar – berlatarbelakangkan air pancut Esplanade dan kemegahan Menara Berkembar PETRONAS, sekaligus mengangkat lagi prestij pentas KLFW sebagai simbol gaya dan inovasi Malaysia.

Tahun ini menyaksikan gabungan rekaan kontemporari, hibrid dan berani daripada nama-nama besar seperti Ezzati Amira, Hatta Dolmat, Kit woo, serta Rizman Ruzaini, antara pereka paling berpengaruh di Malaysia. Sofia Iman turut bakal mencipta sejarah menerusi kemunculan sulungnya yang dibawakan oleh Suria KLCC di pentas fesyen, melakar permulaan yang menjanjikan dalam kerjayanya.

Bukan setakat itu sahaja, KLFW 2025 turut menampilkan barisan pereka dan jenama yang pelbagai dan segar. Antara yang bakal menghiasi pentas termasuk TEH FIRDAUS, MUNI x NKHAN, SHAZNASH, BEHATI, MASYADI MANSOOR, dan MOKJY – semuanya membawa perspektif tersendiri dalam mendefinisikan semula gaya kotemporari Malaysia.

KLFW 2025 turut dimeriahkan dengan kehadiran jenama-jenama terkenal yang menyokong platform ini sebagai penaja rasmi, antaranya Tranz by Poh Kong, L’Oreal, Moccona, Vivo Malaysia, Laurier, dan AirAsia.

Bagi melengkapi acara, sokongan tambahan turut hadir daripada barisan jenama seperti Magnum, GHD Good Hair Day, HMNS, Skechers, Colgate, dan SIGNATURE.

KLFW 2025 bukan sekadar pentas peragaan tetapi ia merupakan platform penting untuk meneroka arah baharu dalam fesyen, meraikan kepelbagaian, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab fesyen serantau.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd