Flavrs, Jenama Ubat Gigi Lokal Yang Membawa Nafas Baharu Dalam Dunia Penjagaan Gigi
Lina Rosli
Pada era masa kini, ramai dalam kalangan individu sudah mula mementingkan akan rutin penjagaan oral yang lebih praktikal – dan juga boleh diperibadikan. Oleh itu, sebuah jenama ubat gigi tempatan, Flavrs, tampil dengan pendekatan berani yang dijangka bakal mengubah tanggapan itu.
Flavrs merupakan sebuah jenama ubat gigi yang hadir dengan barisan produk yang cukup sinonim dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Diperakui Halal dan dirumus dengan bahan semula jadi, Flavrs memperkenalkan ubat gigi sebagai produk gaya hidup, bukan sekadar keperluan asas harian.

Untuk ubat gigi oleh Flavrs, mereka hadir dengan dengan empat pilihan perisa yang unik dan diinspirasikan dari citarasa tempatan seperti Tropical pandan, Coconut Breeze, Rosy Glow dan juga Lavender Smile.
Apa yang menarik mengenai ubat gigi ini juga, ia hadir dengan reka bentuk bungkusan yang moden, yang mana menampilkan penggunaan pam yang boleh dikitar semula.
Bukan itu sahaja, Flavrs juga hadir dengan formulasi bebas fluorida – ini sekaligus menjadikan produk ini lebih mesra pengguna dan alam sekitar. Setiap tiub Flavrs mengandungi lebih 94% bahan semula jadi, bebas SLS, tiada ujian terhadap haiwan dan juga turut diperakui halal oleh JAKIM. Ia turut menggunakan Nano-Hydroxyapatite iaitu alternatif selamat kepada fluorida yang digunakan secara meluas di Jepun dan Eropah, untuk perlindungan dan pemulihan enamel gigi.

Menurut Flavrs, pasaran penjagaan diri di Malaysia dijangka mencapai USD 1.52 bilion menjelang akhir 2025, dan walaupun kategori seperti penjagaan kulit dan rambut berkembang pesat dengan inovasi baharu, kategori penjagaan oral masih kekal konservatif dan terhad kepada perisa pudina dan formulasi tradisional.
Oleh itu, Flavrs hadir bagi mengisi kekosongan ini dengan membawakan gabungan antara formulasi yang reka bentuk estetik, dan cita rasa yang lebih dekat dengan pengguna Malaysia.
Bagi yang ingin mencuba keempat-empat perisa, Flavrs kini menawarkan Starter Kit pada harga RM39.90 dengan diskaun pelancaran 25% secara eksklusif di www.flavrs.com.my.