Keletihan Otak Bukan Sekadar Penat Biasa – Ketahui Faktor Utama Masalah Ini
Lina Rosli
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda hilang fokus ketika bekerja, terlupa apa yang ingin dikatakan, atau membaca perenggan yang sama berulang kali tanpa benar-benar memahami isi kandungannya? Jika ya, itu mungkin petanda otak anda sedang mengalami keletihan – satu keadaan yang tidak seharusnya diabaikan.
Di Malaysia, gaya hidup moden yang penuh dengan mesyuarat, kerja berjam-jam dan gangguan digital tanpa henti menjadi punca utama kepada keletihan mental atau lebih dikenali sebagai keletihan otak (brain fatigue). Ia bukan sekadar rasa penat biasa, tetapi rasa seperti sedang berfungsi tanpa tenaga – dan ia boleh menjejaskan kesihatan secara menyeluruh jika tidak ditangani.

Menurut Cynthia Jetan, Pakar Pemakanan di LAC Malaysia, kebanyakkan individu yang mengalami kesihatan mental akan memberi kesan kepada kehidupan seharian. Ini kerana mental yang tidak sihat akan mengakibatkan keresahan, sukar menangani tekanan harian, gangguan tidur, serta menjejaskan sistem imun dan kesihatan penghadaman secara langsung.
Jadi, apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan keletihan otak? Untuk mengetahuinya, Tajria ingin berkongsi kepada anda beberapa faktor utama keletihan otak – dan langkah yang boleh anda ambil untuk menanganinya:
#1 Pendedahan Digital Berlebihan
Penggunaan skrin secara berterusan sama ada menonton video semasa makan atau menggunakan telefon sebelum tidur dilihat akan memberi rangsangan yang berlebihan kepada otak. Dan ini sekaligus menyebabkan otak sentiasa ‘aktif’ tanpa ruang untuk berehat.
Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan untuk mengurangkan masalah keletihan otak adalah dengan meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit tanpa skrin setiap hari. Bukan itu sahaja, anda juga digalakkan untuk mengelakkan menggunakan peranti pintar sama ada telefon ataupun laptop dan juga televisyen sebelum tidur. Ini bagi memberi masa untuk otak ‘menutup suis’.
#2 Pemakanan Tidak Seimbang Menjejaskan Fungsi Otak
Selain itu, minuman bergula, makanan segera dan kafein tinggi juga menjadi faktor utama yang mengakibatkan keletihan otak. Menurut Cynthia, otak memerlukan sumber tenaga yang stabil dan berkualiti daripada makanan untuk kekal fokus dan berfungsi dengan baik.
Jadinya, pengurusan diet dan juga pemilihan makanan yang sihat adalah penting. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan sumber Omega-3 daripada ikan berlemak, atau anda juga boleh menyediakan makanan daripada yang kaya antioksidan seperti buah beri dan banyak lagi. Ini bagi menyokong kesihatan otak.

#3 Kurang Pergerakan Fizikal
Duduk terlalu lama juga boleh memperlahankan peredaran darah ke otak. Ini menyebabkan otak kekurangan oksigen dan nutrien, sekaligus menjejaskan keupayaan berfikir dan meningkatkan rasa resah.
Sebagai cadangan, anda boleh melakukan regangan setiap jam, berjalan selama 10 minit selepas makan tengah hari, atau bangun dan bergerak semasa menjawab panggilan telefon bagi memastikan peredaran darah ke otak adalah lebih lancar.
#4 Perlaksanaan Multi-Tugasan Menyebabkan Otak Cepat Penat
Selain itu, melakukan banyak tugas serentak kelihatan produktif, tetapi sebenarnya ia membebankan otak. Otak memerlukan masa untuk ‘reset’ sebelum beralih kepada tugasan lain.
Menurut pakar, sebaiknya individu fokus kepada satu tugasan dalam satu masa. Selain itu, bagi memastikan proses perlaksanaan tugas yang lebih efisien, individu boleh mematikan notifikasi dan tetapkan dua hingga tiga tugasan utama setiap hari untuk mengelakkan keletihan mental berpanjangan.

#5 Tidak Mendapat Nutrien Yang Mencukupi
Rata-rata individu juga kebiasaannya tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Oleh itu, pakar nutrisi mencadangkan untuk individu mendapatkan nutrien tambahan menerusi pengambilan suplemen. Contohnya, anda boleh mendapatkan suplemen yang mengandungi Omega-3 (DHA), Ginkgo Biloba, serta bahan seperti Phosphatidylserine (PS), Acetyl L-Carnitine (ALCAR) dan vitamin B kompleks.
Di LAC, ia hadir dengan produk suplemen LAC BSpeed, iaitu suplemen yang menggabungkan kesemua bahan penting ini untuk menyokong fungsi otak, meningkatkan peredaran darah ke otak, serta melindungi sel daripada kerosakan oksidatif. Ia juga membantu meningkatkan daya tumpuan, tindak balas dan ketajaman minda.

Jadi, untuk mengurangkan risiko keletihan otak, anda boleh mulakan dengan satu langkah mudah hari ini – sama ada mengurangkan masa skrin, makan lebih sihat, atau menyokong pemakanan dengan suplemen berkualiti.
Artikel ini dikongsikan oleh Cynthia Jetan, seorang Perunding Pemakanan dari LAC Malaysia.