See Young Memperkenalkan Barisan Penjagaan Kulit Kepala Dan Syampu Bebas Silikon
Bat
Dengan cuaca yang semakin panas dan sinaran matahari yang terik di Malaysia, boleh dikatakan ramai individu kini berdepan masalah kulit kepala berminyak, kelemumur, dan paling membimbangkan ialah keguguran rambut. Perubahan persekitaran dan tekanan harian menjadikan penjagaan rambut dan kulit kepala bukan lagi sekadar rutin kecantikan, tetapi satu keperluan penting dalam menjaga kesihatan diri secara menyeluruh.
Menjawab keperluan ini, jenama penjagaan rambut No.1 di China, See Young, kini hadir ke pasaran Malaysia dengan rangkaian produk penjagaan kulit kepala dan rambut yang menekankan pendekatan ekologi mikro. Formulasinya difokuskan untuk mengawal rembesan minyak berlebihan, membasmi kelemumur, serta mengurangkan keguguran rambut. Kesemuanya hadir dengan bahan semula jadi yang lembut dan bebas silikon, sesuai untuk kulit kepala sensitif.

Siri Penjagaan Kulit Kepala Bebas Silikon
Rangkaian asas ini dirumus khas untuk membersih dan merawat kulit kepala secara aktif tanpa penggunaan silikon.
- Ginger Anti-Hair Loss Strengthening Shampoo – membantu menguatkan rambut dan mengurangkan keguguran dalam tempoh 4 minggu.
- Sapindus Oil-Control Refreshing Shampoo – syampu dengan teknologi khas untuk menanggalkkan minyak berlebihan dan memberikan kawalan minyak selama 48 jam.
- Camellia Seed Oil-Control Anti-Dandruff Shampoo – mengawal 90.91% minyak sambil memanfaatkan khasiat semula jadi biji teh.
Siri Mikroekologi Sipeili
Diformulasikan dengan kompleks mikroekologi yang dipatenkan, rangkaian ini berfungsi untuk mengimbangi flora semula jadi kulit kepala, serta mengurangkan minyak dan masalah rambut rosak:
- Refreshing Volumizing Oil Control Shampoo – mengawal minyak sehingga 72 jam, membersih pori dan memperbaiki kulit kepala berminyak.
- Refreshing Volumizing Oil Control Treatment – memulihkan rambut kerinting yang rosak agar lebih terurus dan sihat.
- Refreshing Volumizing Oil Repair Shampoo – sesuai untuk kulit kepala kering, membantu menjadikan rambut lebih lembut dan bervolum.

Siri Kesan Mikroekologi Kulit Kepala
Rangkaian ini memberikan solusi khusus berdasarkan jenis dan masalah kulit kepala:
- Oil Control Green Aurora – untuk individu yang mempunyai kulit kepala berminyak secara berterusan dan rambut yang meleper.
- Anti-Hair Loss Orange Aurora – untuk Individu yang menghadapi masalah keguguran rambut yang berpanjangan.
- Anti-Dandruff Blue Aurora – untuk individu yang mempunyai kelemumur yang teruk dan kulit kepala berminyak.
Siri Rawatan Rambut & Kulit kepala
Untuk penjagaan tambahan, See Young juga hadir dengan rangkaian rawatan insentif:
- Sapindus Oil-Control Refreshing Treatment – membantu melurus dan melembutkan rambut keriting kepada rambut licin selembut setera.
- Camellia Seed Oil-Control Anti-Dandruff Treatment – diperkaya dengan biji teh semula jadi untuk membaik pulih rambut dan kulit kepala.
- Anti-Hair Loss Strengthening Treatment – rawatan ekspres yang melurus dan memulihkan rambut dalam masa hanya 3 minit.
Berpegang teguh kepada falsafah rambut dan kulit kepala yang sihat, See Young meletakkan penjagaan rambut dan kulit kepala sebagai satu ritual penjagaan diri. Dengan formulasi khas mereka yang memanfaatkan kebaikan bahan botani Asia dengan teknologi asid hyaluronik 4D, ianya dapat melembap dan melindungi lapisan kulit secara mendalam.
Kini, rangkaian produk See Young boleh didapati secara eksklusif di cawangan guardian seluruh negara melalui kerjasama rasmi bersama i-Care Marketing Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk See Young, anda boleh kunjungi ke laman web https://www.i-care.my/brand/see-young.