Pavilion Bukit Jalil Meraikan Kemeriahan Budaya Jepun Melalui MATSURI Festival – Konnichiwa, Japan. Together, Here

July 14, 2025
Pusat Beli-Belah

Lina Rosli

Pavilion Bukit Jalil bakal menghidupkan suasana kebudayaan Jepun melalui penganjuran MATSURI Festival – Konnichiwa, Japan. Together, Here bermula dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025.

Festival ini dianjurkan dengan kerjasama Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM) dan Bon Odori. Menjelang festival utama, terdapat beberapa aktiviti pra-festival turut diadakan bagi memeriahkan sambutan ini.

Antaranya termasuk:

  • Japan Fair oleh The Food Merchant bermula 17 Julai hingga 3 Ogos 2025 yang akan berlangsung di hadapan The Food Merchant
  • Reruai vendor Jepun di antara MUJI hingga Tokyo Town dari 29 Julai hingga 3 Ogos 2025
  • Pelancaran rasmi MATSURI Festival di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil pada 30 Julai 2025

Bukan itu sahaja, di sepanjang acara festival ini berlangsung, para pengunjung turut boleh menyaksikan pelbagai program menarik, seperti:

  • Persembahan kebudayaan tradisional dan kontemporari Jepun oleh ahli JAGAM
  • Reruai makanan jalanan Jepun yang menyajikan pelbagai hidangan ikonik
  • Pameran bonsai – mempamerkan seni taman miniature tradisional Jepun
  • Tamagotchi Pop Up oleh Cotton Blue
  • Doko Koko Pop Up oleh Nijigen
  • Pameran seni dan cenderamata Jepun

Sempena sambutan ini juga, Pavilion Bukit Jalil turut memperkenalkan ganjaran eksklusif untuk pembeli:

  • Dari 3 hingga 29 Julai 2025:
    • Pembeli yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam satu resit akan menerima beg tote eksklusif BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS
  • Dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2025 (sepanjang MATSURI Festival):
    • Untuk anda yang berbelanja minimum RM300 dalam satu resit, anda boleh menebus beg tote eksklusif MATSURI Festival
    • Bagi yang telah berbelanja RM500 dan ke atas, anda juga boleh mendapatkan beg tote eksklusif dan baucar RM20 BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS Café

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd