Samsung Membawakan Samsung Galaxy Z Fold7 Dan Z Flip7 Di Pavilion KL Menerusi Jerayawara Inovatif Mulai 16-20 Julai 2025
Lina Rosli
Samsung Malaysia bakal hadir dengan jerayawara eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 Julai 2025 sempena pelancaran rasmi dua peranti terbaharu mereka – Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7.
Menerusi pameran bertemakan Flow of Innovation, acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana teknologi skrin boleh lipat telah berkembang sejak pelancaran Galaxy Fold pertama pada tahun 2019, hingga ke reka bentuk paling canggih yang diperkenalkan tahun ini.

Evolusi Teknologi Foldable Dalam Satu Ruang Interaktif
Acara lima hari ini akan menampilkan ruang interaktif yang menelusuri sejarah dan pencapaian Samsung dalam dunia telefon pintar boleh-lipat.
Di acara ini juga, pengunjung boleh menyaksikan sendiri penawaran serba canggih dari Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 yang direka bukan sahaja untuk kelihatan moden, malah menawarkan fungsi serba boleh termasuk multi-tugasan, penciptaan kandungan dan integrasi pintar.
Melalui pengalaman True Fold, pengunjung dibawa menyelami bagaimana reka bentuk inovatif ini memberi kemudahan sebenar dalam kehidupan harian, kerja dan hiburan.
Demonstrasi Galaxy AI, Siri Jam Tangan Pintar Dan Ekosistem Pintar Galaxy
Bukan itu sahaja, ini turut menampilkan beberapa zon bertema yang memfokuskan kepada penggunaan harian, termasuk demonstrasi ciri Galaxy AI, seperti sokongan produktiviti pintar, rakaman nota automatik dan integrasi rentas peranti.
Bersempena dengan pelancaran siri Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch Ultra, pengunjung juga boleh mencuba sendiri bagaimana jam tangan pintar Samsung membantu memantau kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan mental secara menyeluruh.
Tidak ketinggalan, ruang pameran ekosistem Galaxy akan mempamerkan sambungan berhubung antara telefon, jam tangan, TV dan peranti rumah pintar melalui Samsung SmartThings, menjadikan gaya hidup lebih efisien dan terhubung.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan mana-mana peranti baharu dari Samsung, jenama ini turut membuka peluang untuk pratempahan eksklusif bagi semua pengunjung bermula 9 hingga 31 Julai 2025. Melalui pratempah ini, anda berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM966 bagi pelanggan yang pratempah Galaxy Watch8 Series atau Galaxy Watch Ultra.
| Model | RAM + Memory | Warna | Harga Jualan | |
| Galaxy Z Fold7 | 12+256GB | Silver Shadow | RM 7,799 | Daftar minat anda hari ini dan nikmati e-baucar bernilai RM180. Tempah awal dengan Samsung Reservation+ hanya pada RM210 dan nikmati naik taraf storan dua kali ganda secara percuma (jimat sehingga RM600). Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad CIMB turut layak menerima rebat tunai sebanyak RM400. |
| Blue Shadow | RM 7,799 | |||
| Jetblack | RM 7,799 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 7,799 | |||
| 12+512GB | Silver Shadow | RM 8,399 | ||
| Blue Shadow | RM 8,399 | |||
| Jetblack | RM 8,399 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 8,399 | |||
| 16GB + 1TB | Blue Shadow | RM9,899 | ||
| Jetblack | RM 9,899 | |||
| Galaxy Z Flip7 | 12+256GB | Blue Shadow | RM 4,999 | Daftar minat anda hari ini dan nikmati e-baucar bernilai RM180. Tempah awal dengan Samsung Reservation+ hanya pada RM210 dan nikmati naik taraf storan dua kali ganda secara percuma (jimat sehingga RM600). Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad CIMB turut layak menerima rebat tunai sebanyak RM300. |
| Coralred | RM 4,999 | |||
| Jetblack | RM 4,999 | |||
| 12+256GB | Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 4,999 | ||
| 12+512GB | Blue Shadow | RM 5,599 | ||
| Coralred | RM 5,599 | |||
| Jetblack | RM 5,599 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 5,599 | |||
| Galaxy Z Flip7 FE | 8+128GB | Black | RM 3,999 | Daftar minat anda hari ini dan nikmati e-baucar bernilai RM180. Tempah awal dengan Samsung Reservation+ hanya pada RM210 dan nikmati naik taraf storan dua kali ganda secara percuma (jimat sehingga RM600). Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad CIMB turut layak menerima rebat tunai sebanyak RM200. |
| White | RM 3,999 | |||
| 8+256GB | Black | RM 4,299 | ||
| White | RM 4,299 |