Jabra Melancarkan PanaCast 40 VBS – Penyelesaian Terbaru Untuk Pengalaman Mesyuarat Lebih Pintar
Bat
Dalam era digital hari ini, teknologi berkembang pesat dan memberi kesan besar terhadap alam pekerjaan. Bekerja secara hibrid kini meluas dan banyak organisasi mula mengoptimumkan ruang pejabat mereka.
Melihat kepada peruntukan ini, Jabra memperkenalkan penyelesaian terbarunya iaitu Jabra PanaCast 40 VBS, sistem video bar berasaskan Android yang direka khas untuk bilik mesyuarat kecil dan ruang kerja moden. Menawarkan liputan menyeluruh, pemasangan mudah dan pengalaman mesyuarat yang lebih pintar, PanaCast 40 VBS menetapkan standard baharu bagi kolaborasi profesional dalam era kerja hibrid.

PanaCast 40 VBS hadir dengan dua kamera ultra-lebar dan sudut pandangan penuh 180, diperkasa dengan teknologi jahitan imej pintar dan zoom digital 4x. Ciri ini memastikan semua peserta mesyuarat dirakam dengan jelas tanpa sebarang titik buta.
Sistem ini turut menampilkan 1 pembesar suara berkualiti tinggi dan 6 mikrofon beamforming, dengan algoritma audio pintar yang memastikan suara jelas dan bebas gangguan.
Dengan rekaan yang ringkas dan pengurusan kabel yang kemas, pemasangan peranti ini amat mudah. PanaCast 40 VBS juga berkongsi pengawal sentuh dan pendirian dengan model PanaCast 50 VBS, memastikan pengalaman yang konsisten di seluruh ruang pejabat.
Sistem ini menyokong pelbagai platform seperti Microsoft Teams, Zoom, dan BYOD, sekaligus memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan peranti mereka sendiri.

Selain itu, ia boleh dikendalikan melalui Jabra+, membolehkan pengurusan peranti dan kemas kini ciri dilakukan dengan mudah. PanaCast 40 VBS juga berasaskan MDEP (Microsoft Device Ecosystem Platform), memberikan keselamatan tambahan dan integrasi pintar untuk persekitaran kerja yang lebih selamat.
Rekaan peranti ini menampilkan estetika yang bersih dan profesional, sesuai untuk ruang kerja moden. Ia turut menawarkan penutup mudah dibersihkan dan pematuhan kepada standard ADA, memastikan kemudahan penggunaan untuk semua lapisan pengguna.
Bagi yang berminat, Jabra PanaCast 40 VBS ini dikatakan boleh didapati sekitar bulan Ogos 2025 ini, pada harga yang ditawarkan:
- Jabra PanaCast 40 VBS (kamera sahaja) – RM8,800
- Jabra PanaCast 40 VBS + Jabra Control IP – RM12,800