Eco-Shop Menawarkan Harga RM2.40 Untuk Semua Makanan Dan Minuman – Menerusi Kempen Sama Bantu

July 15, 2025
Keperluan Rumah

Lina Rosli

Eco-Shop baru-baru ini telah melancarkan Kempen Sama Bantu yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup harian.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh mendapatkan semua makanan dan minuman pada harga tetap RM2.40 di Semenanjung Malaysia dan RM2.60 di Sabah dan Sarawak.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen Eco-Shop untuk menyediakan pilihan barangan harian pada harga yang berpatutan, tanpa mengorbankan kualiti.

Jadi, untuk anda yang ingin mendapatkan barangan-barangan terpilih ini pada harga yang berbaloi, penawaran ini telahpun dilancarkan di semua cawangan Eco-Shop berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi Eco-Shop – dan tawaran ini sah sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd