Nikmati Percutian Lebih Mampu Milik Menerusi Diskaun Sehingga 25% Di Hotel Hilton Seluruh Malaysia Dan Asia Tenggara

July 15, 2025
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Sekiranya anda sedang merancang percutian akhir tahun, inilah peluang terbaik untuk menikmati penginapan bertaraf antarabangsa dengan tawaran penjimatan yang luar biasa. Ini kerana Hilton kini menawarkan diskaun sehingga 25% untuk ahli Hilton Honors bagi tempahan penginapan di hotel-hotel terpilih di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara – yang mana tawaran ini boleh ditebus sehingga 31 Julai 2025 untuk penginapan sehingga 31 Disember 2025.

Menurut Laporan Trend Hilton 2025, pelancong masa kini semakin memilih pengalaman bercuti yang lebih seimbang – menggabungkan waktu rehat yang berkualiti dengan aktiviti pengembaraan yang bermakna.

Antara trend yang sedang meningkat termasuklah percutian solo (MeMooners), percutian bersama rakan sekerja (Frolleagues), serta percutian keluarga yang dipengaruhi oleh keinginan anak-anak.

Selain itu, pengembaraan gastronomi dan slow travel juga menjadi pilihan, di mana pelancong memilih untuk benar-benar menikmati budaya tempatan secara lebih mendalam.

Bagi anda yang ingin menerokai pengalaman bermalam di Hilton, hotel ini menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk memenuhi setiap keperluan dan cita rasa, antaranya:

  • DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort – lokasi percutian keluarga yang ideal lengkap dengan taman air kanak-kanak.
  • Hilton Kota Kinabalu – sesuai untuk pencinta alam dan pengembara aktif yang ingin meneroka keindahan Sabah.
  • DoubleTree Resort by Hilton Penang – menampilkan pengalaman kulinari tempatan yang memikat.
  • Hilton Kuala Lumpur – destinasi gaya hidup premium dengan pilihan hidangan antarabangsa yang pelbagai.
  • DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside – lokasi yang menenangkan dengan Kids’ Club dan kemudahan mesra keluarga.

Tawaran ini turut merangkumi hotel-hotel Hilton di luar negara seperti Conrad Bali, Hilton Singapore Orchard, DoubleTree by Hilton Phuket, Conrad Manila, dan banyak lagi – sesuai untuk mereka yang ingin merancang percutian hujung tahun ke destinasi antarabangsa.

Tawaran ini eksklusif untuk ahli Hilton Honors, namun pendaftarannya adalah percuma. Sebagai ahli, anda boleh menikmati diskaun tambahan, akses Wi-Fi percuma, serta peluang untuk mengumpul mata bagi penginapan seterusnya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd