IPC Shopping Centre Mengemaskini Pengalaman Membeli-Belah Dengan Konsep Lagom Life Dan Pengenalan Penyewa Baharu

July 15, 2025
Pusat Beli-Belah

Bat

Dalam dunia moden yang pantas dan penuh tuntutan, mencari keseimbangan antara kerja, kehidupan sosial dan masa untuk diri sendiri boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan ini, IPC Shopping Centre memperkenalkan konsep gaya hidup baharu yang dikenali sebagai “Lagom Life”, iaitu satu falsafah Sweden yang menekankan kehidupan yang sederhana, seimbang dan penuh tujuan.

Melalui pendekatan ini, IPC bukan lagi sekadar pusat beli-belah, tetapi ruang untuk membeli dengan makna, berehat dengan tenang, dan berhubung secara lebih mendalam bersama keluarga dan komuniti.

Antara pembaharuan yang ditawarkan termasuk penambahan jenama F&B seperti Canton Boy, FUIYOH! It’s UNCLE ROGER, Chagee, Luckin Coffe, Taste of Medan, Manjoe Taiwanese Dumplings, ChaTraMue dan IIao IIao.

Selain itu, IPC juga menyediakan ruang serbaguna untuk gaya hidup moden juga disediakan. Ini termasuk:

  • Traffas Work Pods – ruang kerja solo
  • Brio Social Club – 7 gelanggang pickleball tertutup
  • Play United – ruang permainan buat kanak-kanak
  • Espresso Lab x BYD – ruang buat pencinta kopi dan kereta elektrik

Tidak ketinggalan, 6 pengecas EV Tesla turut akan tersedia menjelang suku ketiga 2025, terdiri daripada 4 pengecasan pantas dan 2 pengecasan destinasi untuk kemudahan pengguna kenderaan elektrik.

Justeru, kehadiran kemudahan moden dan mesra keluarga seperti stroller bayi, bilik menyusu, sistem udara bersih, kerusi roda dan skuter semuanya disedikan untuk keselesaan pengunjung.

Komitmen Lestari

IPC juga kekal komited terhadap kelestarian masa depan dengan menyediakan Recycling & Buy-Back Centre (RBBC), Bengkel kraf & ekologi hujung minggu, dan Program kitar semula pakaian H&M.

Langkah-langkah ini memudahkan pengunjung untuk menyumbang ke arah gaya hidup lebih hijau, tanpa mengorbankan keselesaan.

Untuk info lebih lanjut, pengunjung boleh melayari http://www.ipc.com.my/ atau ikuti @ipcshoppingcentre di Facebook, Instagram dan Tiktok.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd