3 Destinasi ‘Cool-Down’ Paling Popular Di Agoda Untuk Rakyat Malaysia
Bat
Musim panas tahun ini dilaporkan lebih panjang daripada biasa. Dengan suhu yang tinggi dan kelembapan yang dijangka akan berlarutan sehingga bulan September, semakin ramai rakyat Malaysia mencari destinasi percutian yang bukan sahaja menawarkan cuaca lebih nyaman, tetapi juga mampu memberi ketenangan minda dan rehat emosi.
Menurut Agoda, carian penginapan ke destinasi persisiran meningkat sebanyak 35% antara bulan Mei hingga Ogos 2025, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ternyata, apabila cuaca panas makin membahang, pantai dilihat akan menjadi pilihan utama kebanyakan individu.
Oleh itu, berikut adalah tiga destinasi ‘cool-down’ paling popular dalam kalangan pengguna Agoda Malaysia untuk tahun 2025 ini:
#1 Semporna, Sabah
Dengan peningkatan carian sebanyak 38%, Semporna kini menjadi tumpuan utama buat mereka yang ingin menyegarkan diri dari tekanan kota. Terkenal dengan penginapan atas air dan pemandangan laut yang tenang, keistimewaan sebenar Semporna sebenarnya terletak di bawah permukaan laut.
Sama ada anda mahu melakukan aktiviti snorkeling di perairan jernih Mabul dan Kapalai, atau mencuba skuba diving di terumbu karang Sipadan yang menakjubkan, Semporna menjanjikan pengalaman ‘cool-down’ yang menyeluruh.

Ini kerana, ia dikelilingi keindahan semula jadi dan angin laut yang menyapa lembut – sekaligus menjadikannya destinasi yang serba sempurna untuk rehat, rawat dan reset.
#2 Kuala Terengganu, Terengganu
Dengan kenaikan 37% dalam carian Agoda, Kuala Terengganu muncul sebagai salah satu lokasi musim panas paling menarik tahun ini. Dikenali dengan pantai yang luas dan suasana bandar yang tidak terlalu padat, Kuala Terengganu menawarkan gabungan ketenangan dan budaya.
Di sini, anda boleh meneguk air kelapa segar di Pantai Batu Buruk, berjalan santai di kampung bot tradisional, atau bersantai di deretan kafe berkonsep moden di tepi laut. Ia bukan sekadar destinasi pantai, tetapi tempat untuk menyejukkan fikiran sambil menyelami gaya hidup tempatan yang ringkas dan mendamaikan.

#3 Pulau Tioman, Pahang
Pulau legenda ini kekal sebagai pilihan utama dengan peningkatan carian sebanyak 27%. Dikenali dengan landskap tropika yang memukau dan air laut berwarna zamrud, Tioman adalah lokasi ideal buat mereka yang inginkan ketenangan mutlak.
Bukan itu sahaja, Pulau Tioman juga merupakan destinasi sesuai untuk mereka yang ingin berehat seketika daripada kesibukan harian. Sama ada menginap di chalet berhampiran pantai, menerokai laluan ke Air Terjun Asah, atau meluangkan masa di kolam semula jadi, pengalaman di sini menawarkan ketenangan fizikal dan mental dalam suasana yang lebih sederhana dan semula jadi.

Tambah Agoda juga, minat terhadap destinasi pantai menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja mencari keselesaan fizikal, tetapi juga ruang untuk menyegarkan semula minda. Dalam suasana cuaca yang tidak menentu, lokasi yang menawarkan udara segar dan suasana tenang semakin menjadi pilihan utama.
Dengan lebih 6 juta pilihan penginapan di seluruh dunia, termasuk vila tepi laut dan resort dengan kolam renang infiniti, Agoda kekal sebagai rakan pelancongan digital yang memahami keperluan pelancong moden. Jadi, kalau anda sedang merancang percutian untuk menenangkan diri — ini mungkin masa paling sesuai untuk mulakan carian anda.
Bagi yang berminat, anda boleh mula melayari laman rasmi Agoda.com atau muat turun aplikasi Agoda hari ini untuk promosi dan tawaran terkini.