Nikmati Pengalaman Penjagaan Diri Bertaraf Dunia Di 6 Lokasi Bersama Marriott Bonvoy

July 22, 2025
Gaya Hidup

Bat

Dalam kesibukan kerja harian, keletihan fizikal dan mental sering membuatkan kita hilang semangat. Jika anda sedang mencari ruang untuk berehat dan pulihkan semula tenaga, inilah masanya untuk utamakan penjagaan diri kerana rehat itu bukan kemewahan, ia suatu keperluan.

Daripada spa terapung di tepi laut hinggalah rawatan eksklusif di tengah hutan hujan tropika, rangkaian hotel dan resort di bawah Marriott Bonvoy sedia memberikan anda pengalaman penjagaan diri yang menyeluruh dan mewah.

1. The Ritz-Carlton, Langkawi

Nikmati rawatan spa yang mendamaikan di spa pod eksklusif yang terapung di atas laut. Dikelilingi pemandangan tropika dan laut biru terbentang, pengalaman anda dimulakan dengan mandian bunga yang menyegarkan semangat serta urutan menggunakan batu panas dan lumpur laut dalam rawatan Mystical Ocean & Earth. Lengkapkan pengalaman dengan urutan Melayu Klasik atau aktiviti alam seperti berjalan di hutan dan berkayak ke pantai tersembunyi.

2. The St. Regis Kuala Lumpur

Terletak bersebelahan Taman Botani Perdana, Iridium Spa di the St. Regis Kuala Lumpur menawarkan suasana tenang dan mewah. Rawatan seperti Revival Touch dan Summer Serenity Express disediakan bagi membantu melegakan ketegangan otot dan menghidupkan kembali tenaga dalaman. Pakej The Art of Wellness pula menyatukan urutan, menu vegetarian dan daftar keluar lewat untuk rehat menyeluruh.

3. The St. Regis Langkawi

Spa disini menggabungkan alam semula jadi dengan elemen terapi yang menenangkan, di mana ia terletak berhadapan Laut Andaman. Rasai rawatan Lang Mary yang menggunakan ramuan botani tempatan untuk proses detoks kulit, atau hayati pengalaman Sound Bath Opulence, iaitu terapi bunyi yang membantu menstabilkan emosi anda.

4. Perhentian Marriott Resort & Spa

Dikenali sebagai antara spa hotel terbaik di Asia Tenggara, Qi Forest Spa menampilkan Mandi Bunga, Qi Forest Signature Massage dan Elemis Pro-Glow Smooth Facial. Turut disediakan sesi yoga dan aktiviti seni seperti lukisan batik.

5. The Westin Langkawi Resort & Spa

Heavenly Spa by Westin menawarkan suasana mendamaikan di tengah rimbunan alam semula jadi. Rawatan isitimewa seperti Urutan Malaysia dan Sonic Serenity Fusion membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Selain itu, sertai aktiviti Mindful Movement seperti yoga, aerobik air dan sesi bersama Yoga Master untuk penyembuhan dalaman.

6. The Westin Desaru Coast Resort

Jika anda ingin tidur lena, resort ini menawarkan Sleep Well Treatment yang disokong dengan katil Heavenly Bed, menu bantal dan terapi berasaskan air. Rawatan ini sesuia untuk individu, pasangan, mahupun keluarga yang ingin berehat bersama.

Sama ada anda sedang berendam dalam mandian bunga atau menikmati urutan dalam susasan hutan tropika, penjagaan diri bukan lagi satu pilihaan, malah ia adalah ganjaran terbaik buat diri sendiri. Jadi, tekan butang jeda, rancang percutian rehat anda dan nikmati ketenangan sepenuhnya bersama Marriott Bonvoy.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd