Domino’s Memperkenalkan Piza Mac & Cheesy – Gabungan Dua Hidangan Ikonik Dalam Satu Sajian
Lina Rosli
Domino’s Malaysia memperkenalkan inovasi baharu menerusi pelancaran Piza Mac & Cheesy, satu hidangan yang menggabungkan dua elemen kegemaran ramai – piza dan makaroni keju dalam satu pilihan menarik yang penuh rasa dan tekstur.
Piza ini menampilkan doh segar Domino’s yang dilapisi sos keju istimewa, diikuti lapisan makaroni berkrim, taburan keju mozzarella yang ‘tarik’, serta sentuhan rumpai laut untuk menambah kelazatan. Ia ditawarkan dalam tiga variasi:
- Original Mac & Cheesy – citarasa klasik dengan rasa keju yang kaya.
- Mushroom Mac & Cheesy – padanan cendawan dan keju untuk rasa yang lebih lengkap
- Spicy Beef Mac & Cheesy – menampilkan hirisan daging lembu pedas dan cili jeruk pada piza

Bagi mereka yang inginkan rasa lebih mewah, Domino’s turut menawarkan pilihan Ultimate Sausage Crust, iaitu kerak piza yang diisi sosej premium, dengan tambahan harga RM6 untuk saiz Regular dan RM9 untuk saiz Large.
Sebagai promosi pelancaran, Domino’s menawarkan harga istimewa RM1.99 untuk saiz Personal bagi pelanggan yang membeli kombo Beli 1 Percuma 2 – sah mulai 22 hingga 27 Julai 2025 untuk pembelian melalui aplikasi dan laman web rasmi.
Untuk mendapatkannya, Piza Mac & Cheesy kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s Malaysia dengan harga bermula RM7.90.