De’Xandra X Richiamo Coffee Hadir Dengan Penyegar Udara Eksklusif Aroma Kopi
Lina Rosli
Menggabungkan dua jenama tempatan yang sinonim dengan gaya hidup moden dan berkualiti, De’Xandra dan Richiamo Coffee kini memperkenalkan siri penyegar udara yang menggunakan aroma kopi.
Koleksi ini hadir sebagai pilihan baharu bagi pengguna yang mengutamakan pengalaman aroma yang memikat dan menenangkan, khususnya buat pencinta kopi.

Dengan formulasi khas oleh De’Xandra, setiap unit penyegar udara ini membawakan bauan yang mampu membangkitkan semangat serta mencipta suasana nyaman di mana sahaja ia digunakan – sama ada di dalam kenderaan, ruang kerja mahupun kediaman.
Bagi yang berminat, koleksi penyegar udara ini boleh didapati dengan harga mampu milik, iaitu RM12.90 seunit. Ia telah mula dijual di seluruh negara dan boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee di seluruh Malaysia, Richiamo Mart dan juga ejen dan pengedar sah De’Xandra.