BYD ATTO 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dijual Pada Harga Bermula RM 100,000
Lina Rosli
Selepas pengenalan beberapa model kenderaan elektrik yang popular atas jalanraya Malaysia seperti BYD Dolphin, BYD ATTO 3, BYD Seal dan BYD M6, nampaknya BYD tidak berhenti di situ kerana jenama ini kini hadir dengan sebuah lagi kenderaan elektrik baharu iaitu BYD ATTO 2 – dan Malaysia merupakan negara pertama untuk pemanduan belah kanan.
Menurut BYD, pengenalan model baharu ini selari dengan keperluan individu yang menginginkan pengalaman pemanduan yang mudah dan canggih. Tambah BYD lagi, BYD ATTO 2 ini turut disesuaikan secara khusus untuk pemandu baharu untuk kereta pacuan elektrik.


Antara spesifikasi menarik untuk BYD ATTO 2 ini adalah ia dipacu oleh motor elektrik 130kWh yang berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.9 saat selain menawarkan jarak perjalanan sehingga 410km. Bukan itu sahaja, ATTO 2 juga dilengkapi dengan kapasiti bateri 51.13kWj dan menyokong pengecasan AC jenis 2 (7kW) dan DC CCS2(82kW).
Untuk rekaan luaran, BYD ATTO 2 hadir dengan rekaan lampu belakang jenis Infinity Ring Taillight Design. Sementara menampilkan saiz rim sebesar 17-inci.

Dari segi rekaan dalaman pula, BYD ATTO 2 menampilkan skrin sebesar 12.8 inci yang boleh diputarkan serta menyokong Apple Car Play dan Android Auto secara nirwayar. Untuk keselesaan penumpang, BYD hadir dengan kerusi yang diperbuat daripada kulit sintetik vegan dan kerusi depan berudara. Kenderaan ini juga hadir dengan saiz ruang kargo yang besar – boleh memuatkan sehingga 1,320 liter.

Beralih dari segi keselamatan pula, BYD ini dilengkapi dengan sistem ADAS 2.0 yang menawarkan ciri keselamatan seperti Foward Collision Warning, Adaptive Cruise Control, Trafic Jam Assist dan banyak lagi.
Bagi yang berminat, BYD ATTO 2 ini hadir dalam 3 pilihan warna iaitu warna Ski White, Breeze Green dan Harbour Grey – yang mana semuanya dipadankan denhan ruang dalaman semua hitam sekaligus menjadikan reka bentuk kabin lebih anggun dan moden.

Untuk memiliki kenderaan ini, BYD ATTO 2 dijual pada harga bermula RM100,00.
BYD bersam Sime Motors hadir dengan pakej menarik untuk 800 pelanggan pertama – menerusi Pakej Pemilikan Mudah yang bernilai sekitar RM13,500. Ia merangkumi pakej bayaran mudah RM0 selama 6 bulan, pengecasan fleksibel yang mana pengguna boleh memilih sama ada mendapatkan pengecasan dinding percuma untuk rumah bertanah ataupun pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up untuk kediaman bertingkat.
Mengenai pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up ini, pemilik kenderaan boleh mendapatkan:
- Program Langganan Bulanan selama 12 bulan.
- 4x pengecasan mudah alih dari pintu ke pintu setiap bulan
- 2x cucian kereta setiap bulan
- 2x perkhidmatan penyelamat EV percuma setahun


Selari dengan itu, BYD turut menawarkan pakej waranti komprehensif yang merangkumi waranti kenderaan sehingga 6 tahun/150,000km dan juga waranti untuk bayeri sehingga 8 tahun/160,000km serta waranti unit pancuan sehingga 8 tahun atau maksima 150,000km jarak perbatuan.