Bagaimana Penyalahgunaan Antibiotik Boleh Menyumbang Kepada Krisis Kesihatan Di Malaysia?
Lina Rosli
Di dalam sebuah cara perubatan anjuran Strepsils bersama pakar-pakar kesihatan awam dan perubatan dari pelbagai institusi ternama negara, para panel membincangkan tentang penyalahgunaan antibiotik terutamanya dalam merawat jangkitan tekak yang dilihat sebagai punca utama peningkatan bakteria tahan ubat, atau lebih dikenali sebagai superbug.
Pakar menegaskan bahawa majoriti kes sakit tekak berpunca daripada jangkitan virus dan tidak memerlukan antibiotik. Namun begitu, statistik dari kajian tempatan menunjukkan bahawa walaupun hanya 2.8% kes sakit tekak berpunca daripada bakteria Streptococcus Kumpulan A (GAS), 22.3% daripada pesakit tetap diberikan antibiotik—dengan lebih 90% daripadanya dianggap tidak perlu.

Penggunaan antibiotik secara tidak wajar bukan sahaja tidak membantu dalam merawat jangkitan virus, malah meningkatkan risiko pembentukan bakteria tahan ubat yang boleh mengancam nyawa.
Konsensus Sakit Tekak – Garis Panduan Baharu untuk Profesional Kesihatan
Panel tersebut turut menandakan pelancaran rasmi Konsensus Sakit Tekak Pelbagai Disiplin Malaysia, satu garis panduan klinikal baharu yang dibangunkan untuk membantu pengamal perubatan membuat keputusan berasaskan bukti.
Garis panduan ini menekankan diagnosis yang tepat, pendidikan pesakit dan penggunaan rawatan simptomatik yang sesuai – langkah penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada antibiotik.
Sebagai alternatif kepada antibiotik, rawatan simptomatik seperti semburan dan lozenge boleh membantu melegakan sakit tekak akibat jangkitan virus. Produk seperti semburan Strepsils diperkenalkan sebagai contoh rawatan bersasar yang mampu mengurangkan rasa sakit, bengkak dan ketidakselesaan ketika menelan – tanpa memberi tekanan kepada isu rintangan antibiotik.

Secara umumnya, masalah Rintangan Antimikrobial atau AMR ini memerlukan tindakan segera. Ia bukan sekadar isu klinikal, tetapi satu krisis kesihatan awam. Strepsils komited untuk memberi sokongan melalui pendidikan, panduan klinikal, dan produk penjagaan tekak yang menyasarkan simptom secara berkesan.
Melalui panel ‘Resist Resistance’ dan Konsensus Sakit Tekak, Strepsils menegaskan semula peranan penting kerjasama antara sektor perubatan, kerajaan, industri dan masyarakat umum dalam membendung penyalahgunaan antibiotik dan memastikan masa depan kesihatan yang lebih selamat untuk semua.