Naelofar x Polly Pocket – Koleksi Penuh Warna Untuk Gaya Harian Anda

July 28, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Naelofar, jenama fesyen Muslimah tempatan yang terkenal dengan rekaan moden dan elegan, kini memperkenalkan koleksi terbaharunya hasil kolaborasi bersama ikon nostalgia zaman kanak-kanak iaitu Polly Pocket. Kolaborasi istimewa ini membawakan sentuhan penuh warna dan ceria, sekaligus memberi nafas baharu kepada gaya harian wanita moden.

Koleksi Naelofar x Polly Pocket menampilkan pelbagai pilihan item menarik termasuk pakaian harian, beg tangan dan aksesori, kesemuanya diinspirasikan daripada dunia Polly Pocket yang comel dan ikonik. Reka bentuk yang ditawarkan bukan sahaja menonjolkan elemen feminin, malah sesuai untuk gaya santai mahupun separa formal.

Antara item utama dalam koleksi ini termasuk:

  • Polly Pocket x Naelofar Sweetheart Bag (RM129.90)- Beg mini berbentuk hati diperbuat daripada PU leather dan menampilkan logo emas Polly Pocket. Walaupun kompak, ia cukup ruang untuk keperluan asas harian dan hadir dengan penutup zip serta tali galas yang praktikal.
  • Polly Pocket x Naelofar Plush Pouch (RM79.90)- Diperbuat daripada material terry lembut, pouch ini dihiasi dengan sulaman logo dan petikan Polly Pocket. Dilengkapi penutup zip, lapisan dalam berjalur, poket tambahan di belakang serta tali pergelangan tangan.
  • Polly Pocket x Naelofar Corduroy Cap (RM69.90)- Topi uniseks daripada fabrik corduroy lembut, ditawarkan dalam tiga rekaan berbeza dengan sulaman logo dan petikan comel. Disertakan tali boleh laras dengan logo “N” yang diukir.
  • Polly Pocket x Naelofar Cosy Socks (3-Pack) (RM69.90)- Set tiga pasang stokin yang lembut dan selesa, dengan corak inspirasi Polly Pocket yang ceria – sesuai untuk kegunaan harian yang bergaya.
  • Polly Pocket x Naelofar Laptop Sleeve (RM89.90)- Sarung laptop sehingga saiz 13 inci, diperbuat daripada bahan tahan lasak dengan lapisan dalaman lembut. Dilengkapi penutup snap-button di kedua-dua sisi serta ruang sisi untuk pen atau aksesori kecil, lengkap dengan logo emas Polly Pocket di hadapan.
  • Polly Pocket x Naelofar Iconic Cardigan(RM249.90) – Kardigan knitted dengan potongan longgar yang selesa, menampilkan ikon Polly Pocket di bahagian belakang dan logo sulaman di poket hadapan. Sesuai untuk gaya harian yang ringkas tetapi bermakna.
  • Polly Pocket x Naelofar Pop Knit Cardigan (RM229.90)- Diperbuat daripada fabrik knitted lembut. Kardigan ini menampilkan motif hati, bintang dan logo Polly Pocket. Dilengkapi butang berbentuk hati dan poket hadapan untuk sentuhan comel yang tersendiri.
  • Polly Pocket x Naelofar Bow Top (RM229.90)- Kemeja berkolar dengan butang reben yang memberikan sentuhan feminin.
  • Polly Pocket x Naelofar Smocked Top (RM229.90)- Baju kemeja longgar dengan rekaan smocking ‘honeycomb’ di bahagian dada. Sesuai digayakan bersama skirt padanan (dijual berasingan) untuk penampilan lengkap.
  • Polly Pocket x Naelofar Bow Jumper (RM189.90)- Jumper longgar dengan lengan raglan dan kolar bulat klasik, dihiasi tampalan sulaman berbentuk hati dan bunga. Bahagian pergelangan tangan disempurnakan dengan logo Polly Pocket untuk perincian akhir yang menyeronokkan.
  • Polly Pocket x Naelofar Dress (RM299.90)- Gaun potongan tiered dengan elemen vintaj seperti kolar pilgrim, lipatan halus dan lengan balloon bergetah. Dilengkapi butang di bahagian atas, poket sisi serta trim kontras yang menyerlahkan rekaan keseluruhan.

Koleksi ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat fesyen untuk menyatakan gaya peribadi mereka, tetapi juga mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak melalui elemen-elemen rekaan yang bersifat nostalgik.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Naelofar x Polly Pocket, anda boleh mula mendapatkannya sama ada di kedai fizikal Naelofar atau melakukan pesanan secara atas talian di pautan ini https://my.naelofar.com/collections/polly-pocket-x-naelofar – ditawarkan pada harga bermula RM69.90 seunit.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd