KFC Malaysia Memperkenalkan Kotak Misteri Kepcibara – Hanya RM15.99 Dengan Set Kombo
Lina Rosli
KFC Malaysia kini hadir dengan promosi Bucket Berbaloi yang mana ia hadir dengan pilihan hidangan edisi terhad yang bukan sahaja menampilkan ayam goreng ikonik KFC, tetapi turut disertakan dengan peluang eksklusif untuk memiliki plushie comel capybara – dikenali sebagai Kepcibara.
Untuk promosi ini, ia telahpun ditawarkan di Semenanjung Malaysia bermula 23 Julai 2025 dan akan menyusul ke Malaysia Timur pada 15 Ogos 2025.

Kepcibara – Plushie Capybara Bertemakan KFC
Untuk Kepcibara, KFC hadir dengan tiga karakter utama dalam koleksi ini iaitu – Chiket, Buck Buck dan Zingi yang mana masing-masing mewakili personaliti yang berbeza dan unik.
Berdasarkan naratif yang dikongsikan oleh KFC, ketiga-tiga capybara ini dahulunya tinggal di zoo, namun terpikat dengan aroma ayam goreng KFC dan melarikan diri demi mengejar rasa lazat yang tidak dapat dilupakan. Mereka kemudiannya menjelma sebagai Kepcibara iaitu makhluk comel yang obses dengan ayam KFC.
- Chiket digambarkan sebagai ketua pasukan, dikenali sebagai Crunch Protector. Dia membawa bucket ayam KFC di belakangnya dan obses menjaga setiap ketul ayam seperti khazanah berharga.
- Buck Buck pula si pendiam dan paling santai, sering dilihat tidur dalam bucket sambil meniup buih. Dikenali sebagai Lowkey Chillaxed, dia mencerminkan karakter tenang tetapi ceria.
- Zingi tampil berani dan penuh gaya dengan beg burger Zinger. Dikenali sebagai Rare One, dia sukakan rasa pedas dan penuh semangat, seiring dengan personaliti beraninya.


Menurut KFC, bagi setiap pembelian Bucket Berbaloi, pelanggan berpeluang mendapatkan satu unit Kepcibara Blind Box pada harga istimewa RM15.99. Setiap kotak mengandungi satu karakter rawak, sekaligus menggalakkan peminat untuk mengumpul ketiga-tiga watak unik ini.
Dua Pilihan Bucket Berbaloi Untuk Dinikmati Bersama
Untuk melengkapkan pengalaman, Bucket Berbaloi ditawarkan dalam dua set pilihan:
- Kombo 6 ketul (RM41.99) – Enam ketul ayam (Resipi Asli atau Hot & Spicy), Cheezy Wedges bersaiz besar, satu kentang putar (14oz) dan dua minuman ringan bersaiz sederhana.
- Kombo 10 ketul (RM67.99) -Sepuluh ketul ayam (Resipi Asli atau Hot & Spicy), Cheezy Wedges besar, satu kentang putar (14oz), dan satu botol minuman ringan berkarbonat 1.5L.
Set hidangan ini boleh didapati di semua cawangan KFC di seluruh negara ataupun melalui pesanan atas-talian KFC, GrabFood dan juga foodpanda. Manakala, Kepcibara Blind Box boleh dibeli bermula 25 Julai 2025 melalui aplikasi KFC dan laman web rasmi KFC.com.my, selagi stok masih ada.