Set Lengkap ZUS Buddy Mini Plushie Keychain Kini Boleh Dibeli Di Kedai Atas-Talian ZUS Pada Harga RM123
Lina Rosli
Kini, ZUS Coffee menawarkan pembelian set lengkap ZUS Buddy Mini Plushies – It’s Okay to Feel Emotions di kedai atas-talian mereka – pada harga hanya RM123.
Untuk koleksi lengkap ZUS Buddy Mini Plushies ini, ia menampilkan enam jenis plushie berbeza menerusi enam emosi berbeza iaitu Anger, Joy, Sad, Anxiety, Disgusted dan Fear.

Setiap plushie dalam koleksi ini direka untuk mewakili pelbagai jenis emosi seperti kegembiraan, kesedihan, kemarahan, kebimbangan, kebanggaan dan ketenangan. Pendekatan ini selari dengan usaha ZUS Coffee untuk memupuk kesedaran emosi dalam kalangan pengguna serta menormalisasikan perbualan mengenai kesejahteraan mental dan emosi.
Dengan rekaan bersaiz mini dan disertakan gantungan keychain, plushie ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai aksesori beg harian, malah turut ideal sebagai hadiah yang membawa makna tersendiri kepada penerimanya.

Untuk mendapatkan set penuh ZUS Buddy Mini Plushie Keychain ini, anda boleh berkunjung ke laman web rasmi ZUS Coffee atau layari ZUS Shop bermula hari ini.
Selain mini plushies, ada juga boleh mula mendapatkan ZUS Buddy Phone Stand pada harga bermula RM17.90 setiap satu unit.