Secret Recipe x Bichi Mao Tawar Menu Pencuci Mulut Baharu & Barangan Edisi Terhad

July 30, 2025
Makanan & Minuman

Bat

Musim ini, peminat kucing dan penggemar kek pasti akan gembira dengan kolaborasi paling comel tahun ini. Secret Recipe bergabung dengan watak tempatan popular, Bichi Mao, dalam kempen khas bermula 15 Ogos hingga 15 November 2025.

Sempena Hari Kebangsaan dan ulang tahun ke-28 Secret Recipe, pelanggan boleh menikmati suasana baharu di cawangan terpilih – lengkap dengan dekorasi istimewa, pencuci mulut edisi khas, serta koleksi barangan eksklusif yang hanya ditawarkan untuk masa terhad.

Langkah pertama ke cawangan Secret Recipe terpilih bakal membawa anda ke dunia paw-some Bichi Mao. Daripada pelekat lantai dan tingkap hingga ke hiasan kaunter kek – semuanya dihiasi dengan elemen karakter kucing yang comel ini. Bukan sekadar visual, suasana ini juga menjanjikan pengalaman mesra keluarga yang mencipta detik manis bersama.

Untuk mereka yang suka menyimpan koleksi barangan, inilah peluang untuk ‘mencakar’ kotak kek edisi terhad yang menampilkan ilustrasi Bichi Mao untuk kek penuh, kek potong dan juga kek platinum. Sesuai dijadikan hadiah – atau simpanan peribadi bagi pencinta Bichi Mao sejati.

Menu Kanak-Kanak Yang Lebih Magikal

Khusus buat si kecil (dan si dewasa yang masih berjiwa kanak-kanak), menu kanak-kanak kini hadir dengan sentuhan Bichi Mao yang menggembirakan – lengkap dengan tray, serviette, hiasan kek, dan mahkota kertas comel. Tidak lupa, pencuci mulut eksklusif Panna Cotta bertema Bichi Mao yang bukan sahaja manis, tetapi juga sangat ‘Insta-worthy’.

Koleksi Mao-chandise

Kolaborasi ini juga memperkenalkan barangan eksklusif Secret Recipe x Bichi Mao, termasuk:

  • PERCUMA – Stiker Bichi Mao dengan setiap pembelian menu utama. Ahli SR Rewards akan menerima Monthly Collectible Sticker Pack yang berbeza setiap bulan.
  • RM40 ke atas – Tebus barangan khas seperti poskad, stiker kereta, dan rantai kunci, mengikut pusingan bulanan.
  • Pembelian kek penuh – Dapatkan magnet eksklusif secara percuma.
  • Cat-in-a-Cake Plush Keychains – Dijual pada harga RM50 setiap satu, atau hanya RM28 jika beli bersama dua potongan kek.

Antara plush keychain yang boleh dimiliki termasuk:

  • Mao-Cadamia (15 Ogos – 14 September)
  • Choco-Mao (15 September – 14 Oktober)
  • Mao-Velvie (15 Oktober – 15 November)

Barangan lain yang boleh dibeli termasuk pin enamel (RM18) dan set topper kek (RM8) – semua ini hanya untuk masa terhad. Untuk maklumat lanjut, layari www.secretrecipe.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd