Manulife Hadir Dengan Pelan Kesihatan Holistik – Seiring Lonjakan Bilangan Kes Kanser Menjelang 2040
Lina Rosli
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Manulife menerusi Kajian Asia Care 2024, ia mendedahkan bahawa 45% rakyat Malaysia melihat kanser sebagai ancaman utama terhadap kesihatan mereka pada masa hadapan. Kebimbangan ini timbul seiring dengan peningkatan kos rawatan perubatan yang membebankan yang mana Malaysia mencatatkan kenaikan kos penjagaan kesihatan sebanyak 29%, menjadikannya di tangga kedua tertinggi di rantau Asia.
Selain itu, kajian turut menunjukkan yang mana lebih tiga suku daripada responden, iaitu 71% turut menyatakan bahawa manfaat kesihatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi untuk menjamin kesejahteraan mereka dalam jangka panjang.

Data ini menunjukkan yang mana kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap keperluan perlindungan kesihatan tambahan, khususnya dalam persekitaran yang mencabar dan kos rawatan yang terus melonjak.
Sementara statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia turut menunjukkan kanser sebagai penyebab kematian keempat tertinggi di negara ini, manakala Cancer Research Malaysia (CRMY) menjangkakan bilangan kes kanser boleh meningkat dua kali ganda menjelang 2040, dengan 1 daripada 10 lelaki dan 1 daripada 9 wanita berisiko menghidap penyakit ini sepanjang hayat.
Pendekatan Holistik Dalam Perlindungan Kesihatan
Menyedari keperluan ini, Manulife Malaysia memperkenalkan pendekatan baharu dalam perlindungan kesihatan – bukan hanya memberi perlindungan ketika kecemasan, tetapi juga menekankan aspek pencegahan awal, pengesanan tepat, dan sokongan jangka panjang.
Dua produk utama ditawarkan:
- Manulife Health Saver Enrich (MHSE)
- Beyond Critical Cover (BCC)
Kedua-duanya direka untuk melengkapi keperluan rakyat Malaysia dalam setiap fasa penjagaan kesihatan, dengan matlamat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih lama, sambil mengurangkan beban kos penyakit kritikal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Vibha Coburn, menjelaskan bahawa insurans kesihatan bukan sahaja bertindak sebagai perlindungan, tetapi juga sebagai satu bentuk sokongan untuk membolehkan individu menguruskan kesejahteraan hidup mereka. Tambahnya lagi, Manulife komited untuk mempermudahkan perlindungan kesihatan agar lebih proaktif dan sesuai dengan keperluan harian rakyat Malaysia.
Pendekatan ini turut sejajar dengan visi Cancer Research Malaysia (CRMY) dalam memperkukuh usaha pencegahan, diagnosis dan rawatan kanser di Malaysia, menjadikan perlindungan kesihatan lebih mampu milik, berpatutan dan inklusif.
#1 MHSE – Perlindungan Menyeluruh Sepanjang Hayat
Sebagai produk yang menerima pengiktirafan industri, MHSE menawarkan perlindungan hospital konvensional serta manfaat tambahan seperti:
- Perlindungan untuk vaksinasi utama
- Sokongan kesihatan mental
- Pemulihan pasca rawatan sehingga 365 hari
- Penjagaan susulan untuk pesakit kanser selama 5 tahun selepas pemulihan

Lebih menarik, pelanggan yang tidak membuat tuntutan boleh menikmati diskaun sehingga 40% setiap tahun, menjadikan MHSE sebagai pelan perlindungan jangka panjang yang menggalakkan gaya hidup sihat. Ia turut menyediakan perlindungan fleksibel untuk pasangan dan lima anak dalam satu polisi, dengan had tahunan sehingga RM20 juta.
#2 BCC – Perlindungan Kritikal Yang Berkembang Bersama Anda
Sementara itu, siri Beyond Critical Cover (BCC) menawarkan perlindungan terhadap 48 jenis penyakit kritikal termasuk kanser. Melalui ciri BCC Booster, jumlah perlindungan akan meningkat secara automatik sebanyak 5% setiap tahun, seiring inflasi perubatan dan peningkatan kos rawatan.
Manfaat tambahan BCC turut merangkumi:
- Bayaran kemasukan ke ICU
- Perlindungan rawatan jangka panjang di hospital
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Manulife Malaysia, MHSE dan BCC bukan sekadar pelan insurans, malah mencerminkan komitmen Manulife untuk membantu rakyat Malaysia sentiasa bersedia menghadapi risiko kesihatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai MHSE dan BCC, dan bagaimana Manulife memperkukuh landskap perlindungan kesihatan di Malaysia, anda boleh layari www.manulife.com.my.