Menu Baharu BEUTEA – Edamame Avocado Tea, Minuman Sihat Dalam Siri Fruit Veggie Terbaharu

July 31, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

BEUTEA kini hadir dalam satu lagi inovasi menarik dalam siri Fruit Veggie Tea mereka — Edamame Avocado Tea, gabungan unik yang mengutamakan kesegaran dan khasiat semula jadi.

Minuman ini menggabungkan edamame segar, avokado berkrim, air kelapa dan juga teh jasmine yang harum dan lembut. Kesemua ramuan ini disatukan untuk menghasilkan rasa yang menyegarkan dan kemudiannya disempurnakan dengan serbuk pistachio yang rangup di bahagian atas

Bukan sekadar minuman yang unik, Edamame Avocado Tea dicipta untuk menyegarkan tubuh dan minda sambil memberikan rasa baharu yang tidak jemu dinikmati. Sesuai untuk mereka yang mementingkan pilihan sihat tanpa menjejaskan rasa, minuman ini dilihat sebagai pelengkap gaya hidup aktif dan seimbang.

Sempena pelancaran ini, BEUTEA turut memperkenalkan barangan eksklusif yang boleh dimiliki dengan setiap pembelian Edamame Avocado Tea yang mana ia tertakluk kepada purchase-with-purchase untuk ahli aplikasi BEUTEA:

  • Beg Puffy Edamame (PWP RM18.90) – Mini beg bertekstur lembut dan ringan, berharga RM18.90, diinspirasikan daripada rupa comel kacang edamame. Sesuai sebagai aksesori gaya harian.
  • Keychain Edamame Bean (PWP RM6.90)Charm kecil berwarna hijau dan berbentuk edamame, berharga RM6.90, boleh digantung pada beg atau kunci.
  • Pelekat Edamame Avocado – Pelekat eksklusif yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Edamame Avocado Tea.

Bukan itu sahaja, ahli aplikasi BEUTEA turut menikmati potongan harga RM5 untuk pembelian Edamame Avocado Tea bersaiz biasa apabila membuat pesanan melalui aplikasi BEUTEA.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd