The Ordinary Memperkenalkan Sulfur 10% Powder-to-Cream Concentrate – Rawatan Jerawat Inovatif Yang Tidak Kelihatan Pada Kulit

July 31, 2025
Uncategorized

Lina Rosli

Baru-baru ini, jenama penjagaan kulit popular dari Toronto, Kanada ini hadir dengan satu produk baharu dalam rangkaian penjagaan kulit mereka iaitu Sulfur 10% Powder-to-Cream Concentrated.

Untuk pengetahuan anda, produk ini merupakan rawatan jerawat dalam bentuk serbuk yang boleh berubah menjadi krim ringan apabila disapu pada kulit.

Secara umumnya, produk ini diformulasikan menggunakan proses pencampuran berkelajuan tinggi yang mana ia menggabungkan unsur serbuk dan juga cecair. Hasilnya, ia menampilkan kapsul mikro yang memerangkap elemen air di dalamnya.

Bagaimana ia boleh menukar serbuk kepada krim? Jawapannya, apabila tekanan ringan dilakukan, seperti sapuan jari ketika aplikasi, kapsul pada serbuk ini akan pecah dan melepaskan bahan aktid sulfur secara langsung pada kulit – atau ke kawasan berjerawat.

Dengan ini, ia membolehkan produk menyatu dengan kulit secara halus dan hampir tidak kelihatan – menjadikannya sesuai untuk penggunaan siang hari tanpa gangguan pada solekan.

Alternatif Kepada Pelekat Kulit Atau ‘Patches

Kebanyakan rawatan jerawat di pasaran hadir dalam bentuk pelekat (pimple patch) yang walaupun dikatakan ‘lutsinar’, tetap kelihatan pada permukaan kulit.

Apa yang membezakannya dengan Sulfur 10% daripada The Ordinary, produk baharu ini menggunakan koliod sulfur dengan saiz partikel yang lebih kecil, sekaligus membantu mengurangkan bau dan penampakan bahan pada wajah.

Bagi yang berminat, satu botol Sulfur 10% Powder-to-Cream Concentrate ini ditawarkan pada harga bermula RM58 – menawarkan nilai setara lebih daripada 150 pelekat jerawat. Produk ini boleh digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Ia tidak mempunyai konflik produk rasmi dan bersifat lembut – menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd