Mitsui Outlet Park Kini Dibuka Di Lalaport BBCC – Konsep Outlet Pertama Di Dalam Bandar
Lina Rosli
Lalaport Bukit Bintang City Centre (Lalaport BBCC) kini melangkah ke fasa baharu dalam landskap pusat membeli-belah di tengah bandar menerusi penyegaran semula yang merangkumi pengalaman beli-belah, hiburan, budaya pop dan gaya hidup secara menyeluruh.
Menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, Mitsui Outlet Park BBCC dilancarkan sebagai konsep outlet dalam bandar, membolehkan pengunjung menikmati jenama antarabangsa dengan harga outlet tanpa perlu keluar dari ibu kota.

Inisiatif ini turut disertai oleh kemunculan sulung jenama-jenama terkemuka Jepun, pengenalan pusat hiburan permainan arked berinspirasi Jepun, serta pembukaan ACG BASE – zon khusus terbesar negara yang menghimpunkan anime, komik dan permainan video (ACG).
Terletak di aras 3, Mitsui Outlet Park BBCC menghimpunkan lebih 30 jenama terkenal termasuk adidas, Skechers, Under Armour, Puma, GEOX, Carlo Rino dan banyak lagi. Ia menawarkan produk-produk gaya hidup, pakaian aktif, kasut dan aksesori dengan harga outlet dalam persekitaran pusat beli-belah yang selesa dan moden.


Jenama Jepun Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia
Sebagai pusat runcit berteraskan budaya Jepun, Lalaport BBCC turut memperkenalkan beberapa jenama Jepun yang membuka cawangan sulung mereka di Malaysia, antaranya:
- REGAL – kasut kulit premium buatan tangan yang terkenal dengan ketahanan dan gaya klasik.
- GLOBAL WORK – jenama pakaian kasual untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
- earth music&ecology – jenama feminin Jepun berinspirasikan alam semula jadi dan keselesaan.
- Over Print – fesyen jalanan Jepun dengan kolaborasi artis dan rekaan grafik eksklusif.
- 3COINS – jenama barangan gaya hidup yang terkenal dengan rekaan praktikal dan harga berpatutan.

Setiap jenama ini menggambarkan kehalusan rekaan Jepun dan komitmen terhadap kualiti yang tinggi, menjadikan Lalaport BBCC sebagai destinasi utama bagi penggemar gaya hidup moden dan kontemporari.
Bukan itu sahaja, pengunjung kini boleh menjangkakan pengalaman budaya pop paling menyeluruh menerusi pembukaan ACG BASE di aras 2. Zon ini direka khas sebagai pusat untuk peminat anime, manga dan permainan video dengan kehadiran jenama-jenama seperti Animate, K+ by Kadokawa Gempak Starz, Doko Koko, Q POCKET, NOT ONLY TOY, Xumi Goods dan banyak lagi.
Antara tarikan utama termasuk:
- Animate & Animate Café – menampilkan barangan rasmi dan minuman kolaborasi bertema watak anime terkenal.
- Dimension Pop Town – restoran bertema yang juga berfungsi sebagai ruang acara peminat.
- The Pink Room – butik berkonsep pastel yang menjual barangan berlesen rasmi dari jenama seperti Sanrio, Pokémon dan Peanuts.
- ORBcafe – kafe kolaboratif dengan rekaan dalaman dan menu bertemakan watak popular dari Asia.
Lalaport BBCC menawarkan pengalaman interaktif dengan kandungan eksklusif, barangan edisi terhad serta pelbagai acara yang hanya boleh dinikmati di sini.
Selain itu, di aras 4, pengunjung boleh merasai pengalaman permainan arked yang unik di Molly Fantasy, termasuk:
- Stadium Pokémon Mezastar terbesar di Malaysia.
- Dojo Taiko no Tatsujin pertama yang diperakui secara rasmi di Asia Tenggara.
- Koleksi permainan arked dan claw machine yang dibawa khas dari Jepun.

Hab Pengangkutan Terbaharu Untuk Pelancong Bandar
Apa yang menarik di Lalaport BBCC juga, pusta membeli-belah ini kini hadir dengan Lalaport Transportation Hub (LTH) yang beroperasi secara berperingkat bermula Ogos 2025. Terletak di aras LG1, ia menyediakan perkhidmatan bas ke Singapura dan Thailand, serta ulang-alik ke KLIA dan Lapangan Terbang Subang.
Perkhidmatan pengangkutan on-demand LaLaport mobi juga diperkenalkan untuk menghubungkan kawasan Bukit Bintang dan Mont Kiara.


Kemudahan ini dibangunkan dengan kerjasama Semba Corporation dan dikendalikan oleh ASR, menawarkan kemudahan selesa serta laluan sambungan ke stesen LRT dan Monorel terdekat.
Sejak dibuka pada Januari 2022, LaLaport BBCC telah memantapkan kedudukannya sebagai pusat beli-belah bertaraf antarabangsa dengan pendekatan gaya hidup Jepun. Penyegaran semula ini bukan sekadar menambah kedai baharu, tetapi juga mencipta satu destinasi yang menggabungkan runcit, hiburan dan budaya dalam satu ruang bandar yang moden dan inklusif.