Khairul Aming Bakal Lancar Produk Terbaharu, Rendang Nyet Berapi Pada 8 Ogos Ini
Lina Rosli
Menerusi perkongsian Khairul Aming di laman media sosialnya, beliau dilihat bakal memperkenalkan satu lagi produk makanan sedia dimakan baharu iaitu Rendang Nyet Berapi – yang dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 8 Ogos 2025 secara langsung pada jam 9 malam di platform TikTok Shop.
Pelancaran Rendang Nyet Berapi ini dilihat sebagai lanjutan kejayaan produk terdahulu seperti Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi yang sebelum ini mencatatkan jualan luar biasa di platform edagang seperti Shopee dan juga TikTok.

Untuk Rendang Nyet Berapi ini, ia diperkenalkan sebagai rendang ayam yang dimasak menggunakan resipi tradisional, namun dengan olahan moden yang mengekalkan kepekatan rasa dan keunikan rempah tempatan.
Rendang ini hadir dalam bentuk makanan sedia dimakan (ready-to-eat), menjadikannya pilihan yang praktikal untuk pengguna moden yang mahukan rasa autentik tanpa perlu memasak dari awal.


Sebanyak 70,000 paket Rendang Nyet Berapi akan ditawarkan pada malam pelancaran secara eksklusif di TikTok Shop.
Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, sama-sama kita nantikan pada 8 Ogos 2025, jam 9 malam – dan bersedia untuk menambah satu lagi produk berapi ke dalam senarai kegemaran anda.