Sunshine Bakeries Hadir Dengan Dua Perisa Baharu Untuk Roti Signature Hokkaido Milk – Summer Berries Dan Uji Matcha

August 5, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sunshine Bakeries kini menawarkan dua perisa baharu untuk para penggemar roti berkrim Signature Hokkaido Milk iaitu Summer Berries dan juga Uji Matcha.

Untuk kedua-dua varian roti ini, setiap satu dihasilkan menggunakan ramuan berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian keselamatan makanan. Ia menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal, tidak mengandungi lemak trans, dan dibungkus secara individu bagi mengekalkan kesegaran, kebersihan dan kemudahan ketika dinikmati.

Pendekatan ini bukan sahaja memastikan rasa yang konsisten dan tekstur yang lembut, tetapi juga menjadikan roti ini pilihan praktikal untuk dinikmati di mana-mana sahaja — sama ada sebagai snek waktu rehat, hidangan sarapan ringan atau bekalan ketika dalam perjalanan.

Bagi yang berminat, kedua-dua roti ini sudahpun dijual di beberapa kedai terpilih di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada harga RM1.60 sebungkus.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd