Panasonic Malaysia Hadir Dengan Rangkaian Dapur Secara Terbina Untuk Gaya Hidup Moden

August 6, 2025
Keperluan Rumah

Lina Rosli

Panasonic Malaysia kini hadir dengan penawaran baharu yang memberi nafas segar kepada dapur moden menerusi rangkaian Panasonic Built-in Kitchen – satu koleksi kelengkapan dapur yang diintegrasikan bersama yang menawarkan pengalaman memasak yang mudah dan efisien terutamanya untuk golongan individu pada masa kini.

Untuk rangkaian ini, ia hadir dengan rekaan yang kemas dan minimalis, tetapi juga praktikal kerana Panasonic Built-in Kitchen menawarkan kelengkapan dapur yang sesuai untuk pemilik rumah pertama, keluarga kecil mahupun mereka yang sedang menaik taraf gaya hidup di ruang memasak.

Rangkaian ini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia sejak Jun 2025, dan membawakan empat penawaran utama iatu hud dapur, dapur induksi, dapur seramik serta ketuhar secara terbina (built-in)

Rekaan Hud Yang Moden Dan Canggih

Dalam siri hud dapur, Panasonic mengetengahkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan ruang dan gaya. Ia hadir dengan beberapa model yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dapur anda seperti:

  • Model Side Suction Hood hadir dengan kuasa sedutan tinggi (1,550 m³/j) serta sistem pembersihan kendiri – ditambah pula dengan rekaan kaca hitam yang moden, sesuai untuk dapur yang berwajah sofistikated.
  • Untuk mereka yang inginkan tampilan lebih kemas, T-Shape Hood memberi kuasa sedutan 1,450 m³/j, lengkap dengan penapis 5-lapisan dan permukaan kaca rata – sesuai untuk dapur terbuka yang minimalis.
  • Telescopic Hood pula menampilkan hud dalam bentuk yang kompak dengan kuasa 750 m³/j – ideal untuk apartmen kecil atau dapur urban. Ia dijangka akan dilancarkan pada Ogos 2025.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih premium, Panasonic hadir dengan model T-Shape Hood dengan fungsi pembesihan kendiri yang bakal dilancarkan pada Oktober 2025 ini. Ia tampil dengan kemasan rose gold, kuasa sedutan 1,800 m³/j dan juga kawalan isyarat pintar serta fungsi pembersihan automatik.

Dapur Induksi Dan Seramik Untuk Rutin Memasak Lebih Tersusun

Beralih ke bahagian memasak, Panasonic menawarkan pilihan dapur induksi dan seramik yang direka bukan sahaja untuk prestasi, tetapi juga keselamatan dan kemudahan harian.

Untuk model Entry IH Hob, ia menampilkan kawalan ringkas dengan ciri keselamatan seperti auto-mati dan pengesanan periuk, manakala Advance IH Hob pula menyediakan ruang memasak lebih besar dan fleksibel – lengkap dengan mod pratetap, pemasa serta kawalan intuitif.

Bagi anda yang sukakan dapur bersaiz kecil tapi berfungsi besar, Panasonic turut hadir dengan model Domino Ceramic Hob yang akan dilancarkan pada Ogos ini. Ia dilengkapi dengan kuasa 3,000W dalam saiz hanya 28.8cm – dengan ciri keselamatan seperti penunjuk haba sisa dan perlindungan suhu berlebihan.

Ketuhar Serbaguna Untuk Setiap Gaya Masakan

Melengkapkan koleksi ini adalah dua pilihan ketuhar secara terbina yang mana kedua-duanya bersaiz besar 78L – yang menjadikannya sesuai untuk keluarga atau sesi memasak hidangan yang berulang kali.

Untuk ketuhar secara terbina baharu ini, iaitu Catalytic Cleaning Oven, ia menawarkan kepada pengguna sehingga 12 fungsi memasak dan sistem pembersihan dalaman bersalut enamel untuk penjagaan lebih mudah.

Manakala untuk Basic Oven pula, ia hadir dengan 8 fungsi asas dan lima paras rak teleskopik sesuai untuk mereka yang inginkan ketuhar ringkas tapi boleh diharap.

Koleksi Panasonic Built-in Kitchen bukan hanya menawarkan kelengkapan dapur — ia adalah tentang membina suasana dan pengalaman. Ia membantu menjadikan dapur anda lebih tenang, tersusun dan menyenangkan untuk digunakan setiap hari.

Bagi yang berminat, anda boleh mula mendapatkan rangkaian Panasonic Built-in Kitchen ini bermula Ogos dan Oktober 2025 di semua rangkaian Panasonic Malaysia di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd