Koleksi FitFlop A/W 2025 Menampilkan Dua Kasut Yang Memfokuskan Gaya Dan Keselesaan

August 6, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Dalam dunia fesyen moden, kasut bukan lagi sekadar pelengkap gaya – ia juga perlu memenuhi keperluan tubuh yang aktif, serta memberi keselesaan optimum sepanjang hari. Menyedari hakikat ini, FitFlop tampil memperkenalkan koleksi Autumn/Winter 2025 yang menampilkan rekaan kontemporari berteraskan inovasi.

Dua model utama dalam koleksi ini, F-Mode dan Delicato, hadir dengan pendekatan baharu yang menggabungkan ketelitian ergonomik dan teknologi tapak eksklusif yang menjadikan setiap langkah lebih stabil, selesa dan bergaya.

F-Mode – Sandal Bertumit Tinggi Yang Ringan

Untuk rekaan F-Mode, ia menampilkan sandal dengan reka bentuk bertingkat setinggi 75.7mm yang menyerlahkan elemen seni bina moden. Bahagian atas direka minimal dengan garis atas yang bersih dan dilengkapkan dengan tali belakang buckle melengkung – bukan sahaja sebagai elemen gaya, tetapi turut memberi rasa selamat ketika dipakai.

Tapaknya dibina menggunakan versi platform ultra ringan dari Microwobbleboard, teknologi paten khas FitFlop yang bertujuan mengoptimumkan penjajaran badan, menyerap tekanan dan menyokong gerakan semula jadi kaki.

Dari segi bahan binaan, ia dihasilkan menggunakan kulit yang sesuai untuk gaya penampilan avant-garde dengan keselesaan maksimum.

Delicato – Ballet Flat Seperti Sneakers

Kasut ini menampilkan siluet kasut empat segi yang moden, digayakan dengan simpulan kecil yang halus. Ia menggunakan tapak Dynamicush, sistem kusyen responsif yang tersembunyi di dalam tapak kasut.

Diperbuat daripada kulit nappa yang lembut dan mewah, Delicato direka agar muat dengan lebih kemas dan selesa – ideal untuk dipadankan dengan denim mahupun pakaian kerja. Ia bukan sahaja ringan dan minimal, malah sesuai untuk sesiapa yang mahukan gaya feminin tanpa mengorbankan sokongan kaki.

Melalui koleksi Autumn/Winter 2025 ini, FitFlop membuktikan bahawa kasut moden boleh menjadi lebih daripada sekadar cantik dipandang. Ia adalah pelaburan untuk tubuh – menyokong pergerakan harian tanpa mengabaikan estetika.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd