Kempen Jualan Merdeka HABIB 2025 Menampilkan Rekaan Cincin & Kalung Istimewa – Cincin Buah Kana, Cincin Merdeka, Kalung Tsavorite
Lina Rosli
HABIB kembali dengan kempen Jualan Merdeka yang akan berlangsung sehingga 1 September 2025 di semua bilik pameran HABIB seluruh Malaysia. Menerusi kempen ini, HABIB meraikan keindahan dan kekayaan seni kraf tempatan, sambil mengetengahkan rekaan moden yang sarat dengan semangat kebangsaan dan ketelitian seni pembuatan.
Sejak ditubuhkan lebih enam dekad lalu, HABIB telah berdiri teguh sebagai simbol kebanggaan negara. Setiap rekaan bukan sekadar hiasan, malah mewakili kisah tentang warisan, kreativiti dan semangat Malaysia. Dari pemilihan batu permata berkualiti tinggi sehinggalah ke proses rekaan dan pembuatan, setiap perincian disempurnakan oleh pasukan pereka dalaman HABIB dan tukang emas tempatan yang berpengalaman.

Rekaan Ikonik Berinspirasikan Warisan
Antara yang menjadi tumpuan dalam koleksi ini ialah rekaan semula cincin warisan seperti ‘Cincin Buah Kana’, yang mengambil bentuk bujur menyerupai buah kana, serta ‘Cincin Kapal Terbang’ yang diinspirasikan daripada bentuk sayap kapal terbang. Kedua-duanya diberi nafas baharu agar sesuai dengan cita rasa generasi masa kini tanpa mengetepikan nilai tradisi.
Malah, HABIB turut memperkenalkan konsep stackable rings — cincin klasik yang boleh dipadankan mengikut cita rasa, menjadikan setiap gaya lebih peribadi dan tersendiri.


Cincin Merdeka – Simbol Perpaduan dan Harapan
Menambahkan lagi keistimewaan kempen ini, HABIB memperkenalkan Cincin Merdeka — rekaan istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan. Diperbuat daripada emas kuning dan dihiasi dengan batu berlian, ruby serta sapphire berwarna biru dan kuning, ia melambangkan warna-warna Jalur Gemilang.
Motif bulan sabit dan bintang yang menghiasi cincin tersebut mencerminkan lambang kebangsaan, menjadikannya simbol cinta dan kebanggaan terhadap tanah air.

Kalung Tsavorite – Elegan dengan Sentuhan Patriotik
Untuk gaya yang lebih eksklusif, kalung rekaan baharu ini tampil sebagai penghargaan kepada kemerdekaan Malaysia. Dihiasi tsavorite yang menggambarkan kehijauan alam semula jadi serta diperkemaskan dengan berlian potongan rose-cut, rekaan ini menyerlahkan keindahan dan kekuatan budaya Malaysia melalui aliran bentuk yang menggambarkan pergerakan Jalur Gemilang.

Komitmen Terhadap Bakat Tempatan dan Pemuliharaan Alam
Sebagai jenama yang komited terhadap pembangunan industri tempatan, HABIB terus menonjolkan kepakaran dalaman dalam setiap aspek — daripada rekaan, penghasilan barang kemas, hingga kepada pengalaman bilik pameran yang setaraf piawaian antarabangsa.
Kempen ini turut diserikan dengan kolaborasi bersama ikon tempatan tersayang Didi and Friends, yang pastinya membawa kegembiraan buat seisi keluarga. Tambahan pula, kerjasama strategik bersama Zoo Negara menonjolkan usaha berterusan HABIB dalam menyokong pemuliharaan biodiversiti Malaysia – sejajar dengan nilai komuniti, pendidikan dan tanggungjawab sosial.