ZUS Sekali Lagi Alami Gangguan Bekalan Matcha – Penawaran Terhad Meowtcha Di Beberapa Lokasi

August 7, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jenama kopi tempatan, ZUS, sekali lagi memaklumkan tentang gangguan bekalan matcha ceremonial grade yang digunakan dalam penyediaan minuman mereka, terutamanya varian Meowtcha.

Menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan, bekalan matcha berkualiti tinggi yang diimport terus dari Jepun kini semakin sukar diperoleh. Kekurangan ini bukan sahaja dialami oleh ZUS, malah ia merupakan isu global susulan permintaan yang meningkat terhadap matcha gred premium dalam industri makanan dan minuman.

Disebabkan itu, pelanggan mungkin akan mula melihat minuman berasaskan matcha tidak tersedia di beberapa cawangan ZUS buat sementara waktu.

Namun, pihak ZUS memberi jaminan bahawa mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula bekalan baharu secara terus dari Jepun demi mengekalkan kualiti rasa yang konsisten.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd