Luckin Coffee Memperkenalkan Dua Minuman Baharu Berasaskan Kelapa – Coconut Shakerato Dan Iced Coconut Americano
Lina Rosli
Luckin Coffee memperluas pilihan siri minuman berasaskan kelapa dengan memperkenalkan dua variasi baharu iaitu Coconut Shakerato dan Iced Coconut Americano. Pelancaran ini hadir selepas kejayaan Coconut Latte yang telah mencatatkan jualan lebih 1.2 bilion cawan di seluruh dunia sejak diperkenalkan.
Bagi yang berminat, Coconut Shakerato telahpun mula dijual pada harga promosi RM10.40, yang mana minuman ini diinspirasikan daripada minuman klasik Itali. Ia menggunakan espresso daripada Italian Blended Coffee Beans yang kemudiannya digoncang bersama ais, air kelapa dan susu kelapa untuk menghasilkan rasa yang lembut, berkrim dan menyegarkan.

Sementara itu, untuk Iced Coconut Americano pula akan dilancarkan pada 15 Ogos pada harga promosi RM8.00. Minuman ini menampilkan gabungan kopi Americano yang pekat dengan manis semula jadi air kelapa – sekaligus menghasilkan rasa seimbang yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.
Apa yang menarik juga adalah, Luckin Coffee turut berkerjasama dengan kerajaan Pulau Banggai, Indonesia bagi mendapatkan bekalan untuk air kelapa. Dan kini, pulau ini dikenali sebagai “Luckin Exclusive Coconut Island” dan menjadi sumber utama bekalan kelapa, dengan penggunaan harian sekitar 500,000 biji kelapa.

Bagi meraikan pengenalan minuman baharu ini, promosi Coconut Frenzy akan diadakan dari 8 hingga 14 Ogos 2025, dengan harga RM8.80 bagi semua minuman siri kelapa termasuk Coconut Latte, Coconut Velvet Latte, Coconut Matcha Latte, Coconut Mocha, Lush Coconut Frappe dan Coconut Shakerato.
Untuk mula memesan, anda boleh muat-turut pplikasi Luckin Coffee secara percuma di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.