Pembukaan Semula UNIQLO Mid Valley Megamall Pada 29 Ogos

August 11, 2025
Pusat Beli-Belah

Lina Rosli

UNIQLO mengumumkan yang mana mereka bakal membuka semula stornya di Mid Valley Megamall pada 29 Ogos 2025 – selepas melalui proses pengubahsuaian dan peluasan secara menyeluruh.

Bagi yang tidak mengetahui, UNIQLO Mid Valley Megamall ini terletak di Aras bawah dan Aras 1 (G-JA1C & F-JA2A) yang mana ia kini hadir dengan susun atur dua tingkat yang direka semula untuk memberikan pengalaman LifeWear yang lebih menyeluruh.

Dari segi reka bentuk dalaman, ia menggabungkan tekstur semula jadi, tona warna hangat dan susun atur terbuka, mewujudkan suasana yang lebih tenang dan selesa untuk pelanggan.

Dengan penambahbaikan dan kemaskini semula rekaan UNIQLO ini, cawangan Mid Valley Megamall ini dijangka menjadi destinasi sehenti untuk pelanggan, dengan penawaran rangkaian produk yang lebih meluas, rekaan dalaman baharu serta pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd