Drinho Melancarkan Sparkling Tea Zero – Teh Berkarbonat Tanpa Kalori Dan Gula Kini Di Pasaran Malaysia

August 12, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Drinho kini hadir dengan pilihan minuman baharu iaitu Sparkling Tea Zero – siri teh berkarbonat tanpa kalori, gula dan pewarna, yang dilancarkan khas untuk generasi muda yang menginginkan kesegaran penuh gaya.

Untuk siri Sparkling Tea Zero ini, ia hadir dengan dua pilihan perisa iaitu Salted Lemon dan Rose Lychee. Bagi Salted Lemon, ia menampilkan rasa sitrus yang segar dipadankan dengan sedikit masin garam. Manakala untuk Rose Lychee pula, ia menawarkan rasa manis laici bersama haruman wangi bunga ros.

Menurut Drinho, pengenalan siri minuman baharu ini selari dengan keperluan kesihatan yang menekankan kawalan pengambilan kalori dan gula. Selain itu, Drinho turut komited menawarkan pengalaman baharu dalam segmen teh sedia diminum dengan kombinasi unik antara tradisi dan kesegaran.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba minuman baharu ini, Sparkling Tea Zero kini telah mula dijual di pasar raya terkemuka seperti AEON, Giant, Jaya Grocer dan NSK pada harga RM1.80 setin atau RM7.20 untuk pek 4 tin.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd