Delaffe Memperkenalkan Perisa Buah-Buahan Baharu – Eksklusif Di CU Malaysia
Lina Rosli
Minuman kantung popular Korea, Delaffe, kini membawakan letusan rasa buah-buahan segar dengan sentuhan unik ala Korea ke Malaysia. Menurut Delaffe, kesemua minuman baharu ini boleh didapati masuk eksklusif oleh CU Malaysia.

Diinspirasikan oleh budaya minuman DIY campur-dan-padan yang sedang popular di kedai serbaneka Korea, kini rakyat Malaysia boleh merasai sendiri pengalaman ini di cawangan CU di Semenanjung Malaysia. Bagi menikmati minuman yang menyegarkan ketika cuaca panas, anda boleh singgah di CU berdekatan dan cuba Delaffe dengan kelainan melalui padanan ais krim atau secawan ais berperisa.
Untuk mencubanya, Delaffe hadir dengan 4 perisa baharu iaitu:
- Kiwi Ade – Masam manis dengan rasa kiwi segar, yang juga lebih lazat jika dipadankan dengan aiskrim CU untuk kontras rasa berkrim.
- Watermelon Ade – Rasa ringan dan berjus, dengan rasa tembikai yang lembut. Sesuai digandingkan dengan ais berperisa Hijau Anggur, Biru Lemon atau Limau Kasturi.
- Mango Ade – Kaya dengan rasa mangga tropika, padanan terbaik dengan Rose Tteokbokki untuk imbangan rasa pedas dan manis.
- Teh Ais Pic – Sejuk dan menyegarkan dengan rasa pic yang lembut. Ideal dinikmati bersama kimbap untuk hidangan ringan yang seimbang.

Selain empat perisa utama ini, pelanggan juga boleh mencuba varian lain seperti Pear Ade, Peach Lychee Ade, dan Green Grape Ade. Lengkapkan pengalaman Delaffe anda dengan pelbagai pilihan snek dan makanan ringan di CU yang menjadi padanan sempurna untuk minuman kantung ini.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi, layari https://nicetocu.com.my/ atau ikuti CU Malaysia di Instagram, Facebook dan TikTok.