Kempen Jom Quaker Fit Menggalakkan Pemakanan Sihat Untuk Mengurus Berat Badan Dan Meningkatkan Kesihatan Jantung

August 15, 2025
Kesihatan

Lina Rosli

Quaker melancarkan Kempen Jom Quaker Fit, inisiatif kesihatan berskala nasional yang bertujuan membentuk tabiat pemakanan lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia. Menerusi perlaksanaan kempen “Makan Lebih Baik, Bukan Kurang” – ia menggalakkan orang ramai untuk tidak bergantung kepada sekatan makanan yang ketat sebaliknya mengutamakan khasiat, keseimbangan dan pilihan bijak setiap hari.

Menurut data terkini, 54.4% rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, manakala lebih 2 juta rakyat turut menghidap tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) utama – obesiti, hipertensi, dan kolesterol tinggi.

Dan antara faktor penyumbang termasuk:

  • Pengambilan serat yang rendah – kurang daripada 15g sehari berbanding saranan WHO iaitu 25g sehari.
  • Diet tinggi karbohidrat terproses seperti roti putih, nasi putih, dan mi segera.
  • Pengambilan garam berlebihan, melebihi 5g sehari.

Keadaan ini meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes – kebanyakan daripadanya boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup.

Oat Sebagai “Supergrain” Berasaskan Sains

Untuk pengetahuan anda, oat kaya dengan beta-glukan iaitu sejenis serat larut semula jadi yang:

  • Meningkatkan rasa kenyang lebih lama.
  • Mengawal paras gula darah selepas makan.
  • Menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan kolesterol LDL.

Lebih 80 kajian klinikal menyokong keberkesanan oat dalam membantu pengurusan berat badan dan kesihatan metabolik.

Menurut Dr. Kit Phanvijhitsiri, Ketua Saintis R&D Pemakanan PepsiCo, pengambilan oat secara konsisten adalah langkah praktikal dan terbukti secara saintifik untuk meningkatkan pengambilan serat dan menstabilkan tenaga harian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd