ZUS Coffee Catat Jualan Lebih 1 Juta Cawan Matcha
Lina Rosli
ZUS Coffee mengumumkan yang mana jenama mereka telah berjaya mencatatkan kejayaan baharu – iaitu jualan lebih 1 juta cawan minuman berasaskan matcha dalam tempoh yang singkat.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan populariti matcha dalam kalangan penggemar minuman di Malaysia, khususnya apabila ditawarkan dengan kualiti premium dan rasa yang konsisten.
Menjadi bintang menu musim ini, Ceremonial Grade Matcha ZUS Coffee dihasilkan daripada daun teh hijau berkualiti tinggi yang dikisar halus, memberikan rasa lembut dan berkrim. Minuman ini bukan sahaja memikat dari segi aroma dan rasa, malah turut menawarkan manfaat antioksidan yang tinggi.

Menurut ZUS Coffee, sambutan luar biasa ini didorong oleh komuniti peminat matcha yang setia serta trend gaya hidup sihat yang semakin mendapat perhatian. Walaupun permintaan yang tinggi menyebabkan stok terhad, pihak ZUS Coffee memberi jaminan bahawa mereka sedang berusaha untuk menambah bekalan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Bagi pencinta matcha yang belum berpeluang mencuba, inilah masanya untuk menikmati secawan green happiness kegemaran ramai sebelum ia kembali habis dijual.