ZUS Coffee x MR.D.I.Y. Memperkenalkan Topping Edisi Khas Merdeka – Chocoleleh

August 18, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Rakyat Malaysia sememangnya sinonim dengan aktiviti DIY – daripada membaiki kelengkapan rumah hinggalah mencipta resipi mengikut cita rasa sendiri. Mengangkat semangat tersebut bersempena bulan kemerdekaan, ZUS Coffee bekerjasama dengan MR.D.I.Y. untuk memperkenalkan pengalaman baharu kepada pelanggan melalui pelancaran topping edisi khas Chocoleleh.

Seperti namanya, Chocoleleh ialah minuman dengan tambahan coklat leleh yang pekat dan lazat. Menerusi menu ini, pelanggan boleh memilih untuk menikmatinya dalam versi panas, sejuk atau frappè – menjadikannya pilihan fleksibel untuk semua cita rasa.

Untuk mencubanya, ZUS Coffee turut memperkenalkan beberapa gabungan menarik dalam bentuk Secret Menu untuk mereka yang gemar bereksperimen.

Antara pilihan yang boleh dicuba termasuk Spanish leleh yang lembut dan berkrim, Caramel Cream Spanish dengan rasa karamel manis, Spanish Brownie Cream untuk penggemar coklat tegar, serta Buttercrème Hazelnut Brownie yang kaya dengan rasa kacang.

Bagi anda yang sukakan sesuatu yang ringan tetapi unik, ada juga Green Tea leleh dan Corn Frappè leleh yang memberikan sentuhan berbeza kepada pengalaman minum kopi.

Dengan pilihan topping yang pelbagai, ZUS Coffee memberi peluang kepada pelanggan untuk mencipta minuman gaya mereka sendiri – seiring dengan slogan kempen ini, “Your Drink. Your Rules. Your Leleh!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd