Inside Scoop Kembali Dengan Siri ‘Lokal Legends’ Baharu – Kolaborasi Bersama Gardenia, GSC Dan Julie’s

August 19, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pada tahun 2024, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67, Inside Scoop telahpun hadir dengan perisa aiskrim edisi terhad hasil kolaborasi dengan jenama-jenama Malaysia yang digemari ramai seperti Beryl’s, Farm Fresh, ZUS Coffee dan Secret Recipe.

Dan nampaknya, pada tahun ini, jenama aiskrim tempatan ini kembali dengan kolaborasi yang sama iaitu bersama barisan Lokal Legends baharu iaitu GSC, Gardenia, ZUS Coffee, Julie’s, Farm Fresh dan Beryl’s.

Bagi yang tidak mengetahui, rangkaian Lokal Legends ini diinspirasikan daripada produk-produk popular jenama-jenama ini, memberikan rasa unik yang diraikan dengan penuh kebanggaan Malaysia.

Antara pilihan aiskrim yang ditawarkan termasuk Gula Melaka Chocolate hasil kerjasama dengan Beryl’s, Choco Malt Kaw bersama Farm Fresh, Twiggies Choc-A-Lot dengan Gardenia, Caramel Popcorn oleh GSC, Le-mond Lemon dari Julie’s, serta Spanish Latté bersama ZUS Coffee.

Menarik bukan? Kolaborasi ini bukan sahaja meraikan kreativiti dalam dunia pencuci mulut, tetapi juga memperlihatkan bagaimana jenama tempatan boleh bersatu untuk mencipta pengalaman rasa yang lebih dekat dengan hati pengguna Malaysia.

Dengan variasi pilihan manis, masin, berkrim dan segar ini, pastinya ada satu perisa yang sesuai dengan selera anda. Jadi, perisa Lokal Legend manakah yang akan anda cuba dahulu?

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd